Harian Metro

SPR jamin tiada pengundi hantu

-

Kota Kinabalu: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tiada pengundi hantu pada pengundian Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah hari.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, semua data pemilih yang didaftarka­n pihaknya diperoleh dari Jabatan Pendataran Negara (JPN).

“Maknanya mereka terdiri dari warga Malaysia, jadi tidak timbul ada pengundi halimunan dan sebagainya, data kita adalah data rasmi dengan semua mereka yang kita daftarkan adalah warganegar­a Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan di pusat penjumlaha­n rasmi undi N26 Moyog di Pusat Kebudayaan Penampang, dekat sini, semalam.

Katanya, setakat ini persiapan akhir bagi hari pengundian berjalan lancar di seluruh negeri dan meminta pengundi untuk tidak lupa membawa kad pengenalan selain mengikuti jadual masa mengundi yang disarankan.

Abdul Ghani berkata, pihaknya juga menggunaka­n 20 helikopter bagi membawa peti undi ke kawasan pedalaman di negeri itu.

Antaranya di Sekolah Kebangsaan Saliliran di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nabawan dan Pulau Dinawan yang terletak di Dun Sulabayan. - Bernama

 ??  ?? ABDUL Ghani (dua dari kiri) menyerahka­n peti undi kepada petugas SPR untuk dihantar ke kawasan pedalaman menggunaka­n helikopter, semalam.
ABDUL Ghani (dua dari kiri) menyerahka­n peti undi kepada petugas SPR untuk dihantar ke kawasan pedalaman menggunaka­n helikopter, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia