Harian Metro

POLIS JAMIN PRN SABAH LANCAR

Tindakan tegas menanti pihak cetus provokasi, kekecohan

-

Polis memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan berjalan lancar hari ini tanpa sebarang gangguan dan meminta orang ramai keluar mengundi tanpa sebarang keraguan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang membuat provokasi dan kekecohan dalam pilihan raya itu.

“Esok (hari ini ) kita juga akan lakukan beberapa sekatan jalan raya untuk memastikan keselamata­n sentiasa terjamin. Jadi jangan bimbang terhadap tahap keselamata­n,” katanya di sini, semalam.

Hazani juga meminta semua yang terbabit dalam PRN Sabah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk sentiasa menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka susulan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis menerima 171 laporan berkaitan pelbagai kesalahan sejak kempen pilihan raya bermula 12 September lalu hingga hari ini dengan sebanyak 52 kertas siasatan dibuka.

Beliau berkata, polis juga menerima 97 laporan berhubung kenyataan seorang calon dan bekas menteri yang mendakwa kononnya insiden penceroboh­an di Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013 satu sandiwara serta berkepenti­ngan politik.

“Sebanyak 61 laporan diterima di Sabah dan selebihnya di Semenanjun­g,” katanya.

Hari ini seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa layak mengundi manakala 14,935 mengundi secara pos untuk memilih calon bagi 73 kerusi Dun.

Sebelum ini, Hazani mendedahka­n mendapat maklumat mengenai kemasukan secara besar-besaran rakyat asing bagi membuat kekacuan pada hari pengundian.

Polis terima 171 laporan pelbagai kesalahan, buka 52 kertas siasatan

 ??  ?? PEGAWAI Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengulung banting SPR ketika proses penyediaan peti undi menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Dewan Kebudayaan Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
PEGAWAI Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengulung banting SPR ketika proses penyediaan peti undi menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Dewan Kebudayaan Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia