Galak keluar mengundi ikut masa ditetapkan

Harian Metro - - Sabah Mengundi -

Kota Kinabalu: Cuaca diramalkan hujan di satu dua tempat di bahagian Pantai Barat, Kudat, pedalaman dan Sandakan pada pagi hari pengundian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorolog­i, di kawasan lain pada sebelah pagi tiada hujan tetapi berlaku ribut petir di satu dua tempat di bahagian Pantai Barat, pedalaman dan Sandakan pada sebelah petang.

Pada sebelah malam diramalkan hujan di satu dua tempat di bahagian Pantai Barat, Sandakan dan pedalaman.

Suhu pula diramalkan antara 22 darjah Celsius hingga 33 darjah Celsius.

SPR menggalakk­an orang ramai keluar mengundi seperti disarankan pada kad mengundi namun jika tidak dapat hadir pada masa berkenaan, mereka boleh keluar mengikut masa ditetapkan dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.