Harian Metro

2 BERADIK DITUDUH MEMBUNUH

- Bernama

Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang rakan mereka dalam kejadian pergaduhan membabitka­n sekumpulan lelaki di Taman Pengkalan Indah, dua minggu lalu.

T Thurairaj, 28, pemandu lori, dan T Gunaraj, 27, penganggur mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurhasmani­ta Abdul Manap.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dua beradik itu didakwa membunuh R Anbarasu, 25, juga pemandu lori, di Jalan 17, Taman Pengkalan Indah, antara jam 9.15 malam dan 9.30 malam, 13 September lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes itu yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Arthana Sarma Rao sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Sementara itu, turut didakwa berkaitan kes pergaduhan sama ialah seorang penjaga stor, M Ananababu, 30, yang dituduh menyebabka­n kecederaan menggunaka­n parang ke atas T Pragash, 33, iaitu abang kepada dua beradik yang didakwa membunuh terbabit.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Dia turut mengaku tidak bersalah melakukan khianat dengan memecahkan cermin depan dan tepi kenderaan Proton Wira milik Pragash sehingga menyebabka­n kerugian RM1,000, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ananababu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu pada jam 9 malam di lokasi dan hari sama dengan kejadian pembunuhan Anbarasu.

Mahkamah tidak membenarka­n sebarang jaminan ke atas Ananababu yang tidak diwakili peguam dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut ditetak selepas dipercayai menunjukka­n kemaluanny­a kepada isteri orang dalam satu kejadian pergaduhan di Taman Pengkalan Indah.

Mahkamah menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia