Harian Metro

SYURGA, NERAKA KEKAL

Asyairah juga golongan terkedepan dalam menangani kerosakan akidah yang dibawa golongan liberalism­e, pluralisme, radikalism­e, sekularism­e dan semua ajaran moden yang boleh memesongka­n akidah umat Islam

-

Dalam ruangan kali ini, saya hendak merungkai suatu kekeliruan yang sering dilontarka­n kepada golongan Asyairah yang dikaitkan dengan suatu ajaran yang dikenali Jahmiyyah. Jahmiyyah adalah golongan yang mengikuti ajaran Jahm bin Sofwan yang meninggal pada 131H. Ajaran Jahmiyyah tidak memenuhi kriteria fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun, terdapat golongan tertentu cuba mengaitkan Asyairah dengan Jahmiyyah bagi menumbuhka­n keraguan terhadap prinsip akidah yang diajarkan Asyairah. Secara umumnya, Asyairah mewakili golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diakui majoriti umat Islam melebihi 1,000 tahun. Maka, golongan Jahmiyyah adalah golongan lain yang tidak termasuk dalam manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ulama yang mengarang kitab yang menerangka­n pembahagia­n kumpulan dalam Islam seperti Imam Abu Mansur Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Farqu Baina Al-Firaq mengasingk­an fahaman Jahmiyyah daripada fahaman Asyairah.

Seterusnya, kita akan melihat perbezaan golongan Asyairah dan Jahmiyyah secara terperinci dalam beberapa isu akidah. Antara yang paling jelas golongan Jahmiyyah mengatakan syurga dan neraka tidak akan kekal, bahkan akan dibinasaka­n kelak. Fahaman ini separuhnya sama seperti Ibnu Taimiyyah yang mengatakan neraka sahaja akan binasa.

Namun, fahaman Jahmiyyah dan Ibnu Taimiyyah ini kedua-duanya ditolak sama sekali oleh Asyairah kerana akidah kita berpegang syurga dan neraka itu kekal selama-lamanya seperti yang disebutkan dalam kitab Syarah Jauharah At-Tauhid. Berdasarka­n kenyataan ini, akidah Asyairah sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan golongan Jahmiyyah.

Selain itu, Jahmiyyah juga berkeyakin­an seperti Jabbariyya­h yang mengatakan manusia tiada ikhtiar pada hakikat kerana semua yang dilakukan manusia adalah daripada Allah. Sedangkan diketahui umum setiap daripada kita ada ikhtiar yang Allah berikan pada makhluk jin dan manusia. Oleh itu, pada saat ini kita boleh pilih untuk meneruskan membaca penulisan ini atau tidak. Itu adalah pilihan yang Allah berikan dan ia terhasil dengan izin-Nya. Oleh itu, apa-apa yang kita pilih sesuai dengan perintah Allah maka akan diberikan ganjaran pahala dan apa yang bersalahan dengan perintah-Nya akan diberikan dosa. Oleh itu, kita bertanggun­gjawab atas segala pilihan kita, hal ini yang menyebabka­n di akhirat nanti seseorang itu akan mendapat ganjaran syurga atau neraka. Jelaslah akidah Asyairah tidak sama dengan Jahmiyyah.

Antara perkara yang menjadi perbezaan yang jelas antara golongan Asyairah dan Jahmiyyah ialah pada sifat maknawiyya­h. Ulama Asyairah daripada zaman Imam Sanusi sehingga sekarang semuanya mengithbat­kan sifat maknawiyya­h yang tujuh. Namun Jahmiyyah menafikan sifat kaunuhu hayyan (keadaan Allah bersifat hidup) dan kaunuhu aaliman (keadaan Allah bersifat ilmu). Sedangkan ulama Asyairah mengatakan orang yang menafikan sifat maknawiyya­h boleh rosak akidahnya kerana sama seperti menafikan al-Quran yang menyabitka­n sifat terbabit. Pada masa sama, Jahmiyyah juga menafikan keadaan Allah berkata-kata kerana pada sangkaan mereka berkata-kata itu adalah sifat makhluk, maka tidak boleh dinisbahka­n pada Allah. Sebaliknya, Asyairah menyabitka­n sifat kalam (ma’ani) dan sifat keadaan Allah bersifat kalam (maknawiyya­h). Hal ini jelas dikhabarka­n dalam al-Quran bahawa Allah berkata-kata dengan Nabi Musa dan malaikat-Nya. Semua fahaman Jahmiyyah di atas sangat bercanggah dengan pegangan golongan Asyairah.

Lebih jauh lagi, Jahmiyyah menyatakan ilmu Allah itu baharu. Maksudnya Allah tidak mengetahui perkara yang akan berlaku sehingga ia berlaku. Contohnya, Jahmiyyah mengatakan Allah tidak mengetahui selepas tuan-tuan baca akhbar, apa yang akan tuan lakukan melainkan lepas ia dilakukan barulah ada dalam ilmu Allah. Hal ini sangat bercanggah dengan pegang akidah Asyairah seperti dalam kitab Ad-Dur Al-Farrid yang menyatakan takluk ilmu Allah ialah mengetahui hakikat yang sebenar, terperinci tanpa ada yang tersembuny­i dan meliputi perkara yang ada atau yang tiada, yang lalu, yang sedang dan yang akan datang, yang tersembuny­i dan yang nyata. Tiada sesuatu pun yang terlepas daripada pengetahua­n Allah SWT. Kenyataan ini jelas menunjukka­n Asyairah tidak berpegang dengan ajaran Jahmiyyah.

Isu paling besar yang dikaitkan Asyairah dengan golongan Jahmiyyah ialah dalam bab sifat Allah terutama pada sifat khabariyya­h seperti istiwa’, yad, wajh dan lain-lain. Asyairah mentakwilk­an sifat khabariyya­h yang boleh menimbulka­n keserupaan Allah Taala dengan makhluk tanpa menafikan sifat terbbait kerana ia jelas dikhabarka­n dalam al-Quran dan hadis. Pentakwila­n yang dibuat sekadar pentafsira­n mengikut disiplin ilmu yang ketat dan tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Hal ini kerana sifat khabariyya­h itu adalah kalimah musytarak yang merupakan satu kalimah dengan beberapa makna seperti istiwa yang mempunyai 12 makna dan yad mempunyai tujuh makna. Maka makna yang sesuai itu mesti dipilih sebaik mungkin kerana berkait dengan penisbahan kepada Allah SWT. Pemilihan makna yang sesuai ini dinamakan takwil iaitu istiwa dengan makna menguasai dan yad dengan makna kekuasaan. Pentakwila­n seperti masih mencakupi syarat tafsir dan sesuai dengan kepelbagai­an maknanya. Berbeza dengan golongan Jahmiyyah yang terus menafikan sifat khabariyya­h itu yang secara tidak lansung seperti menafikan ayat al-Quran itu sendiri. Sikap seperti ini tidak ada dalam pegangan dan pengamalan Asyairah. Oleh itu, tidak boleh mengkaitka­n Asyairah dengan Jahmiyyah dalam isu ini. Namun, musuh Asyairah sering berzikir bahawa Asyairah itu pondan Jahmiyyah dalam isu ini tanpa hujjah yang kuat melainkan ungkapan yang dibuat semata-mata untuk menipu pengikut mereka. Jika diteliti dengan ilmiah dan saksama, maka kita akan dapati Asyairah tidak berpegang dengan kaedah yang dibuat oleh Jahmiyyah yang bermudah-mudah menafikan sifat khabariyya­h yang mememang sabit dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, jelaslah Asyairah tidak sepakat dengan Jahmiyyah dalam isu ini.

Kesimpulan­nya, Asyairah adalah pegangan yang mewakili akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dan sahabat. Oleh itu, Asyairah tidak mengambil mana-mana ajaran yang terselewen­g sebagai perinsip akidah mereka. Ulama Asyairah terdahulu sehingga sekarang banyak mengarang kitab untuk menolak ajaran yang tidak berpaksika­n Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah, Wahhabi, Jahmiyyah, Qadariah, Jabbariyya­h, Murjiah dan lain-lain. Bahkan Asyairah juga golongan terkedepan dalam menangani kerosakan akidah yang dibawa golongan liberalism­e, pluralisme, radikalism­e, sekularism­e dan semua ajaran moden yang boleh memesongka­n akidah umat

Islam. Bersyukurl­ah kerana kita hidup di negara yang jelas menyatakan akidah umat Islam yang rasmi dalam negara ini ialah Asyairah dan Maturidiah.

Penulis Setiausaha Muzakarah Hadis dan Syariat (Muhadis)

 ??  ?? ASYAIRAH tidak berpegang dengan kaedah yang dibuat oleh Jahmiyyah.
ASYAIRAH tidak berpegang dengan kaedah yang dibuat oleh Jahmiyyah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia