Harian Metro

BERDIRI ATAS BOT TERBALIK

Lelaki keluar memancing dipukul ribut diselamatk­an sebuah feri

- Oleh Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Bot terbalik menjadi penyelamat kepada pemancing apabila dia ditemui berdiri di atas bot terbabit pada kedudukan 3.5 batu nautika timur laut Pulau Seri Buat dekat sini, jam 8.27 pagi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Nurul Hizam Zakaria berkata, Suhaimi Hashim, 53, warga tempatan, ditemui sebuah feri selepas bot berkenaan terbalik akibat dipukul ribut.

Katanya, mangsa selamat dan disahkan sebagai mangsa yang dicari.

“Kami menerima panggilan

Jam 9.09 pagi tadi (semalam), kami dimaklumka­n penemuan mangsa oleh sebuah feri”

Nurul Hizam Zakaria

dari Zon Maritim Mersing (ZM Mersing) jam 3.30 pagi (semalam) berkaitan seorang pemancing yang gagal dihubungi selepas keluar memancing di perairan Mersing.

“Pengadu isteri kepada mangsa. Dia memaklumka­n suaminya keluar seorang diri ke laut dari jeti Sungai Jamaluang, Kampung

Sri Pantai jam 8 pagi semalam (kelmarin) untuk memancing.

“Isteri mangsa turut memaklumka­n, perhubunga­n terakhir dibuat oleh rakan mangsa jam 9.30 pagi (kelmarin) dan ada waktu itu, mangsa berehat di Pulau Rawa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Nurul Hizam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan jam 4 pagi.

“Jam 9.09 pagi tadi (semalam), kami dimaklumka­n penemuan mangsa oleh sebuah feri.

“Dengan penemuan ini, SAR ditamatkan jam 10 pagi. Mangsa seterusnya dibawa ke Kampung Tekek, Pulau Tioman,” katanya.

 ??  ?? SUHAIMI ditemui selamat selepas bot dinaiki terbalik pada kedudukan 3.5 batu nautika timur laut Pulau Seri Buat, semalam.
SUHAIMI ditemui selamat selepas bot dinaiki terbalik pada kedudukan 3.5 batu nautika timur laut Pulau Seri Buat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia