Harian Metro

‘MALU MINTA BANTUAN’

Pesakit jantung terpaksa urus isteri terlantar sakit angin ahmar

- Oleh Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

“Saya malu nak minta bantuan, mungkin ramai lagi individu lebih susah,” ujar Shahran Ismail, 44, yang menghidap penyakit jantung manakala isterinya, Norsyakira­h Mohd Fauzi, 43, terlantar akibat sakit angin ahmar dan pendarahan otak.

Pasangan terbabit ditemui di rumah didiami di Kampung Bukit Melintang, Chuah di sini, semalam.

Shahran berkata, dia baru sahaja keluar dari Hospital Port Dickson akibat sakit jantung dialami 10 hari lalu.

“Doktor menasihati saya tidak membuat kerja berat. Namun saya tiada pilihan perlu menguruska­n isteri yang terlantar sakit. Dia perlukan pengawasan rapi.

“Isteri sebelum ini dikesan mengalami pendarahan otak dan ditimpa angin ahmar sebabkan dia terlantar. Dia turut memiliki penyakit darah tinggi,” katanya yang tidak bekerja sejak setahun lalu akibat sakit.

Katanya, dia sedikit lega apabila anak sulung, Syafik Asyraf Atid Shahran, 19, memperoleh­i pekerjaan secara kontrak untuk membantu mereka.

“Saya hilang punca pendapatan dan terpaksa bergantung dengan anak sulung yang terpaksa melupakan hajat untuk menyambung pelajaran.

“Saya amat bangga kerana Syafik sanggup memikul tanggungja­wab menyara kami sekeluarga dengan pendapatan kecil RM1,200.

“Wang itu digunakan bagi menampung perbelanja­an seharian termasuk sewa rumah RM400 sebulan, bayaran bulanan motosikal, belanja persekolah­an adiknya, Syamil Idham Daniel Shahran, 12, dan bil utiliti, elektrik dan air,” katanya ketika menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9).

Shahran berkata, dia bernasib baik mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM270 sebulan.

“Saya ada menghubung­i bahagian Perkhidmat­an Kebajikan Sosial (Perkeso) untuk memohon pencen ilat, tetapi tidak layak kerana tidak memenuhi syarat.

“Bantuan yang dapat itulah digunakan membeli susu dan lampin pakai buang untuk isteri,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang bagi meringanka­n beban mereka bolehlah terus ke akaun CIMB bank 7613967741 (Shahran Ismail).

 ??  ?? SHAHRAN yang menghidap penyakit jantung setia menjaga Norsyakira­h di rumah mereka di Kampung Bukit Melintang, Chuah, Port Dickson.
SHAHRAN yang menghidap penyakit jantung setia menjaga Norsyakira­h di rumah mereka di Kampung Bukit Melintang, Chuah, Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia