Harian Metro

KONTRAKTOR JADI PENCURI

15 lelaki termasuk empat Pati ditahan kebas kabel TNB

- Bernama

Polis menahan 15 lelaki termasuk empat pendatang tanpa izin disyaki geng mencuri kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sekitar daerah ini dalam serbuan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, tangkapan dibuat di stor barangan lusuh haram di Telok Panglima Garang jam 3.30 petang itu hasil risikan pihaknya susulan empat laporan berhubung kes kecurian kabel elektrik sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata dalam serbuan itu, 4.5 tan kabel elektrik milik TNB dirampas terdiri daripada 14 gelung kabel, 11 batang kabel dipotong, sembilan guni berisi kepingan tembaga bercampur aluminium disyaki diproses daripada kabel dan dua gelung dram kabel syarikat utiliti berkenaan yang belum digunakan.

“Turut dirampas tiga mesin pemotong kabel, satu alat penimbang, tiga lori dan kren mudah alih. Kumpulan yang aktif sejak awal tahun itu dipercayai menjadikan stor barangan lusuh haram sebagai tempat meleraikan kabel elektrik bagi mendapatka­n kepingan tembaga dan aluminium untuk dijual.

“Hasil maklumat TNB, kami percaya kegiatan mencuri kabel elektrik oleh kumpulan berkenaan menyebabka­n syarikat itu kerugian RM150,000,” katanya di sini, semalam.

Azizan berkata, siasatan pihaknya mengesyaki ada dalam kalangan suspek tempatan itu merupakan atau pernah menjadi subkontrak­tor TNB susulan penemuan beberapa dokumen dan vest kontraktor syarikat utiliti berkenaan dalam lori yang dirampas.

“Kami menyiasat kaitan suspek dengan TNB. Malah, teknik mematikan arus elektrik yang besar sebelum mereka mencuri kabel juga menyebabka­n kami mengesyaki pasti ada suspek pernah berkhidmat dengan syarikat itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, tiga lori dan sebuah kren mudah alih yang dirampas bukan kenderaan curi namun dipercayai disewa kumpulan terbabit untuk kegiatan mereka.

Katanya, semua suspek berusia 17 hingga 59 tahun direman sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 55(b) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6 Akta Peniaga Barang-barang Terpakai 1946. - Bernama

“Kegiatan curi kabel elektrik menyebabka­n TNB kerugian RM150,000 Azizan Tukiman

 ??  ?? LONGGOKAN kabel curi yang dirampas di stor barangan lusuh haram di Telok Panglima Garang.
LONGGOKAN kabel curi yang dirampas di stor barangan lusuh haram di Telok Panglima Garang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia