Harian Metro

KOMITED SALUR BANTUAN

Unit Laksana pastikan manfaat Kita Prihatin tepati sasaran

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@ nstp.com.my

Kerajaan memberi jaminan dalam memastikan semua bantuan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) dapat dinikmati rakyat memerlukan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementeria­n Kewangan menerusi unit Laksana akan terus memantau pelaksanaa­n pakej rangsangan ekonomi dan akan menambah baik langkah sedia ada.

“Langkah selanjutny­a untuk memperkasa­kan semula (revitalise) ekonomi akan diperkenal­kan pada Belanjawan 2021, 6 November nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumka­n pakej Kita Prihatin bernilai RM10 bilion dalam usaha kerajaan meringanka­n beban rakyat. Kita Prihatin merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) dan inisiatif Geran

Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM600 juta.

Kita Prihatin menyasarka­n golongan B40, M40, pekerja dalam pelbagai bidang dan peniaga mikro.

Menyentuh mengenai Geran Khas Prihatin 2.0, Tengku Zafrul berkata, peruntukan tambahan RM600 juta bagi GKP untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro yang belum pernah menerima GKP sebelum ini dijangka membantu perniagaan yang menghadapi kesukaran.

“Pembukaan semula GKP ini mengekalka­n jumlah geran RM3,000 setiap pemohon yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); atau pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

“GKP 2.0 ini dijangka akan memanfaatk­an kira-kira 200,000 PKS mikro untuk membantu aliran tunai serta sebagai modal perniagaan,” katanya.

Bagi Program Subsidi Upah (PSU) 2.0, beliau berkata, peruntukan bagi inisiatif PSU 2.0 berjumlah RM2.4 bilion dijangka akan memanfaatk­an 160,000 majikan untuk mengekalka­n 1.3 juta pekerja selama tiga hingga enam bulan.

“Penambahan peruntukan PSU 2.0 melalui Pakej Kita

Prihatin akan menjadikan nilai keseluruha­n Program Subsidi Upah kepada lebih RM17 bilion,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut mengambil maklum cabaran yang dihadapi oleh golongan B40 dan M40, justeru, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada mereka yang layak bermula pada hujung bulan Oktober 2020.

Menurutnya, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruha­n inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

GKP 2.0 ini dijangka akan memanfaatk­an 200,000 PKS mikro Tengku Zafrul

 ??  ?? KITA Prihatin menyasarka­n golongan B40, M40, pekerja dalam pelbagai bidang dan peniaga mikro.
KITA Prihatin menyasarka­n golongan B40, M40, pekerja dalam pelbagai bidang dan peniaga mikro.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia