Harian Metro

TAK RAMAI MENCARUM

Hanya 5,446 nelayan sertai SKSPS

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan hifzuddin@bh.com.my

Hanya 5,446 nelayan mencarum di bawah Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) berbanding lebih 40,000 golongan itu di seluruh negara.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, individu yang bekerja sendiri termasuk nelayan dan petani digalakkan mencarum bagi menjamin masa hadapan mereka.

Katanya, Perkeso memulakan kerjasama bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sejak Ogos lalu bagi memastikan lebih 40,000 nelayan yang menerima Elaun Sara Hidup turut dilindungi.

“Kita sebenarnya menggalakk­an semua pekerja sendiri mencarum, tetapi ramai pihak menggangga­p caruman Perkeso membebanka­n. Tetapi jika berlaku sesuatu tidak diingini, mereka bakal menerima banyak faedah.

“Contohnya hari ini (semalam), keluarga Allahyarha­m Zulkifli Mohamad, 52, yang menjadi nelayan pertama di negara ini layak mendapat faedah Perkeso walaupun baharu mencarum mulai Ogos lalu,” katanya di Kampung Kuala Segantang Garam di sini, semalam.

Terdahulu, Mohammed Azman menyampaik­an Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Orang Tanggungan dan Faedah Pencen Penakat kepada keluarga Zulkifli yang lemas ketika menangkap ikan di perairan Tanjung Dawai di sini, pada 18 September lalu.

Turut hadir, Ahli Jawatankua­sa SKSPS, Ahmad Yahya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, Hanif Ghazali serta Timbalan Pengarah LKIM Kedah, Fairus Ariffin.

 ??  ?? DR Mohammed Azman
DR Mohammed Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia