Harian Metro

OUM BERI PELUANG KEDUA

Bolehkan Umi Maysaroh, Musliha yang miliki pengalaman kerja, tetapi kurang kelayakan akademik sambung pengajian

-

“Terima kasih Open University Malaysia atas peluang kedua ini.” Itulah kata-kata dua sahabat Umi Maysaroh Muayim, 33, dan sahabatnya, Musliha Che Hat, 39, selepas berjaya melanjutka­n pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Open University Malaysia OUM Taiping, Perak.

Umi Maysaroh dan Musliha yang bersahabat baik selama 20 tahun diterima masuk menerusi kemasukan terbuka yang mula diperkenal­kan pada 2006.

Kemasukan terbuka itu membolehka­n mereka mempunyai pengalaman kerja, tetapi kurang kelayakan akademik menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Umi Maysaroh, dia hanya mempunyai kelayakan sijil juruteknik sistem komputer tahap tiga (3) tetapi dengan pengalaman kerja, dia diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian.

“Selepas tamat pengajian di peringkat sijil juruteknik tahap 3 pada 2006, saya bekerja di kedai komputer sebagai juruteknik perkakasan komputer.

“Daripada seorang juruteknik biasa, saya kini bekerja dengan syarikat MH Nexus Sdn Bhd sebagai IT Support 1st Level bagi menyelia sistem tabung darah di Hospital Besar Taiping,” katanya.

Umi Maysaroh berharap menerusi pengajiann­ya di OUM, dia dapat merealisas­ikan impiannya menjadi seorang pengaturca­ra komputer satu hari nanti.

Dia yang mendaftar pada Semester Januari 2020 mengakui hampir berputus asa kerana belum boleh membahagik­an masa antara kerjaya, pelajaran dan keluarga.

“Ketika di semester pertama, saya rasa sangat penat dan hampir putus asa. Namun, atas dorongan keluarga, sahabat dan tutor, saya cuba merancang pembahagia­n masa dengan lebih teratur,” katanya.

Sementara itu, bagi Musliha, peluang melanjutka­n pelajaran melalui kemasukan terbuka benar-benar memberi ruang yang cerah kepadanya untuk meningkatk­an taraf kehidupan. Bersandark­an keputusan Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM), dia diterima masuk sebagai pelajar OUM dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian.

“Pada mulanya, niat saya hanya menemani dan memberi sokongan kepada Umi Maysaroh untuk mendaftar sebagai pelajar.

“Saya tidak pernah terfikir untuk turut sama mendaftar kerana tiada kelulusan tinggi dan meragui keupayaan untuk belajar di usia menjangkau 40 tahun,” katanya yang memberanik­an diri menyahut cabaran demi masa depan hasil dorongan dan sokongan staf OUM Taiping serta Umi Maysaroh.

Berkongsi pengalaman menjadi pelajar OUM, Musliha berkata, kerjayanya sebagai kerani bahagian Sumber Manusia di

Syarikat Konsortium Bas Ekspress membataska­n masanya untuk belajar.

“Pembahagia­n masa sangat penting terutama bagi warga kerja yang menyambung pelajaran. Mujur, konsep pendidikan atas talian banyak membantu menyiapkan tugasan,” katanya.

OUM sudah menyediaka­n platform yang sesuai, namun terserah pada diri sendiri untuk mengambil peluang itu demi masa depan yang cerah.

Bagi mendukung hasrat kerajaan untuk menjadikan pendidikan sebagai satu tonggak penting dalam pembanguna­n negara, kaedah pengakredi­tan pembelajar­an berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) yang diperkenal­kan OUM diharap dapat memberi nafas baharu pada industri pendidikan tinggi negara serta membuka jalan untuk pelajar mengikuti pengajian tinggi.

Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai program ditawarkan, hubungi 03-7801 2000 / 012-303 9935 / 019-357 9074 / 019-266 8234, emel enquiries@oum. edu.my atau layari www.oum.edu.my.

OUM mula perkenalka­n kemasukan terbuka pada 2006

 ??  ?? OUM menyediaka­n platform terbaik untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat tertinggi.
OUM menyediaka­n platform terbaik untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia