Harian Metro

MEF puji subsidi upah diteruskan

-

Kuala Lumpur:

Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memuji keputusan kerajaan meneruskan program subsidi upah kerana langkah itu dianggap positif bagi menstabilk­an pasaran kerja dan mengelak pemberhent­ian pekerja secara besar-besaran.

Mengulas mengenai program Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas Prihatin (Kita Prihatin) yang baharu diperkenal­kan oleh kerajaan, Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pakej rangsangan bernilai RM10 bilion itu dapat memberi bantuan kepada majikan dan pekerja yang memerlukan­nya.

“Fasa pertama program subsidi upah pada awalnya dijadualka­n berakhir pada 30 September 2020. Namun, menerusi Program Subsidi Upah 2.0 yang baharu ini, kedua-dua majikan dan pekerja kini dapat bernafas dengan lebih baik.

“Ia memberi kami tiga bulan lagi bantuan kewangan yang dikehendak­i sehingga Disember,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini melancarka­n program Kita Prihatin bernilai RM10 bilion yang merangkumi RM2.4 bilion untuk Program Subsidi Upah 2.0, bagi membantu rakyat Malaysia menangani kesan pandemik Covid-19.

Kira-kira 1.3 juta pekerja dijangka mendapat manfaat daripada program itu.

Syed Hussain berkata, di bawah Program Subsidi Upah 2.0, majikan akan dapat mengekalka­n pekerja mereka hingga Mac tahun depan dan ia akan membantu mengurangk­an kekangan aliran tunai dan liabiliti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia