Harian Metro

SBH bantu tarik pelabur ke Selangor

-

Iskandar Puteri:

Invest Selangor Bhd, agensi penggalaka­n pelaburan langsung asing dan domestik bagi Selangor kini giat mengadakan sesi perkongsia­n dan jalinan dengan penggiat industri di negara ini, sekali gus menarik pelabur tempatan ke negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, sejajar ketidakten­tuan iklim ekonomi akibat pandemik Covid-19, program sedemikian turut menjadi pendekatan baharu dalam menjalin hubungan antara pemain industri Selangor dan di serata negara ini.

“(Menerusi program itu) Invest Selangor berkongsi insiatif Kerajaan Negeri Selangor khususnya Hab Perniagaan

Selangor (SBH) yang menyediaka­n platform rangkaian maya bagi membolehka­n komuniti perniagaan berhubung tanpa kehadiran fizikal,” katanya selepas program ‘Selangor Initiative­s and Opportunit­ies (Inisiatif dan Peluang di Selangor) di sini.

Program sehari hasil kerjasama dengan Persekutua­n Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Johor itu disertai 40 pemain industri di bawah naungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Johor Bahru (JBCCI).

Johor adalah negeri kedua program itu selepas Sabah pada awal tahun ini dan seterusnya di Pulau Pinang pada 29 September 2020.

Mengulas lanjut, Hasan Azhari berkata, SBH merangkumi tiga komponen utama iaitu Program Promosi Pelaburan Invest Selangor - portal hos semua webinar dan persidanga­n maya anjuran Invest Selangor dan mesyuarat maya

dengan rakan kongsi yang berpotensi atau pelabur di seluruh rantau ini.

Komponen kedua adalah Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor secara maya yang juga alternatif dalam talian bagi Sidang Kemuncak Tahunan Perniagaan Antarabang­sa Selangor meliputi Ekspo Antarabang­sa Selangor dan Persidanga­n Perniagaan Asean Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia