Harian Metro

EcoWorld Malaysia catat untung bersih lebih rendah

-

Kuala Lumpur:

Eco World Developmen­t Group Bhd (EcoWorld Malaysia) mencatatka­n penyusutan keuntungan bersih pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Julai 2020 kepada RM13.81 juta daripada RM68.71 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Perolehan merosot kepada RM477.87 juta daripada

RM521.37 juta, sebahagian besarnya disebabkan aktiviti tapak yang terhenti berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada suku kedua dan ketiga tahun ini.

EcoWorld Malaysia berkata, projek utama yang menyumbang kepada perolehan dan keuntungan kasar pada suku ketiga 2020 adalah Eco Majestic, Eco Forest, dan Eco Sanctuary di Lembah Klang.

Pelbagai projek di Johor dan Pulau Pinang turut menyumbang kepada pendapatan dan keuntungan kasar syarikat itu dalam tempoh yang sama, katanya.

“PKP diikuti PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) memberi kesan kepada kumpulan pada suku ketiga 2020. Kerja pembinaan disambung sepenuhnya hanya pada pertengaha­n bulan Jun lalu kerana protokol keselamata­n tambahan yang harus dilaksanak­an sebelum ia dapat dimulakan semula,” katanya dalam laporan kepada Bursa Malaysia.

EcoWorld Malaysia mencapai jualan sebanyak RM1.25 bilion dalam tempoh empat bulan selepas PKP.

Kumpulan itu berkata, prospek pendapatan­nya untuk tahun kewangan semasa akan lebih rendah daripada tahun kewangan sebelumnya.

Dari segi jualan, EcoWorld Malaysia berjaya mencatat RM960 juta pada suku ketiga 2020 dengan RM287 juta lagi diperoleh pada Ogos 2020.

Setakat 31 Ogos 2020, kumpulan itu mencapai jualan sebanyak RM1.58 bilion mewakili 79 peratus daripada sasaran jualannya yang disemak semula sebanyak RM2 bilion untuk tahun kewangan 2020.

 ??  ?? HONDA City RS i-MMD Serba Baharu didatangka­n dengan enjin 1.5L i-MMD.
HONDA City RS i-MMD Serba Baharu didatangka­n dengan enjin 1.5L i-MMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia