Harian Metro

Kempen RAC MBSB bantu pelanggan

-

Kuala Lumpur:

MBSB Bank Bhd (MBSB) akan mengadakan Kempen Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman (RAC) di beberapa cawanganny­a bagi membantu pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan selepas tempoh moratorium selama enam bulan berakhir pada 30 September ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, pelanggan boleh mengadakan perbincang­an secara bersemuka mengenai pilihan bantuan pembayaran yang ada termasuk fleksibili­ti pembayaran untuk kumpulan sasaran dan penjaduala­n semula serta penstruktu­ran semula akaun.

“Kami menggalakk­an pelanggan datang ke cawangan kami dan berbincang dengan wakil bank kerana kami akui hakikatnya sebahagian daripada mereka bimbang dengan keadaan kewangan.

“Dengan membuka cawangan pada dua hujung minggu ini, kami berharap dapat menangani kebimbanga­n dan isu mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ?? AHMAD Zaini
AHMAD Zaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia