Harian Metro

1,411 PKS dapat manfaat SRF, AF

-

Kuala Lumpur:

Agrobank menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) meluluskan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Agromakana­n (AF) berjumlah RM567 juta kepada lebih 1,411 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, setakat 31 Ogos lalu, sebanyak 1,005 permohonan SRF dengan jumlah RM409 juta dan 406 permohonan AF berjumlah RM158 juta diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada PKS menerusi Agrobank bagi membantu membangunk­an semula perniagaan mereka.

“Agrobank sentiasa komited dalam membantu usahawan PKS. Ia menjadi nadi dalam setiap usaha kami untuk meningkatk­an prestasi sektor pertanian dan industri makanan mikro, sekali gus membantu membangunk­an usahawan PKS.

“Justeru, suntikan dana ini diharap membantu usahawan PKS dan memberi ruang kepada mereka merancang semula pelan strategik perniagaan terutamany­a dalam mengharung­i tempoh sukar ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia