Harian Metro

Berus gigi dalam perut

-

New Delhi:

Pakar bedah kanan Hospital Bagin Pertin, Pasighat di Arunachal Pradesh, timur laut India berjaya mengeluark­an berus gigi sepanjang 19 sentimeter yang ‘mendarat’ dalam perut seorang lelaki.

Pembedahan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian yang berlaku pada 15 September lalu.

Sebelum itu, pesakit berusia 39 tahun dirujuk ke hospital terbabit oleh klinik yang terletak 100 kilometer (km) dari situ, sebaik mengadu tertelan berus gigi ketika membersihk­an belakang kerongkong­nya.

Dr Bomni Tayeng berkata, pihaknya segera melakukan ujian imbasan sinar-X, namun gagal menemui berus gigi di kerongkong pesakit, sekali gus mengagak bahawa ia mungkin berada di perut pesakit.

“Pakar Telinga, Hidung dan Mata (ENT) memeriksa pesakit dan bercadang melakukan prosedur esofagosko­pi dan saya memeriksan­ya pada jam 6 petang.

“Prosedur itu kemudian berlangsun­g pada pagi 16 September lalu, tetapi berus gigi tidak ditemui dalam saluran esofagus, bermakna ia sudah memasuki perut.

“Kami kemudian melakukan prosedur selanjutny­a di perut pesakit,” katanya seperti dilapor Metro UK.

 ??  ??
 ??  ?? BERUS gigi yang berjaya dikeluarka­n.
BERUS gigi yang berjaya dikeluarka­n.
 ??  ?? PELAJAR berpakaian tradisiona­l serta mengenakan perisai muka untuk pencegahan Covid-19 menghadiri majlis graduasi sebuah sekolah farmasi di Banda Aceh, Indonesia, semalam. - AFP
PELAJAR berpakaian tradisiona­l serta mengenakan perisai muka untuk pencegahan Covid-19 menghadiri majlis graduasi sebuah sekolah farmasi di Banda Aceh, Indonesia, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia