Harian Metro

HARAPAN BADAK JAWA

Penemuan Helen dan Luther dijangka atasi masalah kepupusan badak sumbu

-

Penemuan sepasang anak badak sumbu Jawa di Taman Nasional Ujung Kulon di sini, memberi harapan dalam penyelesai­an masalah kepupusan yang spesies jarang itu.

Dinamakan Helen dan Luther, kedua-dua mamalia itu dilihat bersama ibu mereka menerusi rakaman 100 kamera tersembuny­i yang dipasang di taman berkenaan pada Mac hingga Ogos lalu, menurut kenyataan pihak berkuasa. dihadapi ditemui

Kehadirann­ya juga menjadikan 74 badak sumbu di Taman Nasional Ujung Kulon yang kini menjadi satu-satunya habitat buat binatang liar berkenaan yang diancam kepupusan selama bertahun.

Santuari itu berkeluasa­n 5,100 hektar dan difahamkan, kerajaan Indonesia meninjau kawasan lain di kepulauan Jawa dan Sumatera

untuk memindahka­n badak daripada bahaya Gunung Krakatau yang juga gunung berapi aktif.

“Kelahiran anak badak sumbu ini benar-benar memberi harapan besar dalam kelangsung­an hidup badak Jawa yang diancam kepupusan,” kata pegawai kanan kementeria­n alam sekitar Indonesia.

 ??  ?? KEDUA-DUA anak badak sumbu dilihat bersama ibu mereka menerusi rakaman 100 kamera tersembuny­i.
KEDUA-DUA anak badak sumbu dilihat bersama ibu mereka menerusi rakaman 100 kamera tersembuny­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia