Harian Metro

AKTRES REMAJA MAKIN GAH

Millie Bobby Brown jadi rebutan penerbit selain sudah mula terbit filem pada usia 16 tahun

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Pada usia 16 tahun, empayar dibina aktres Millie Bobby Brown terlalu gah ibarat sebaris pelakon bernama hebat lain. Sehinggaka­n sukar untuk mempercaya­i dirinya belum cecah fasa dewasa.

Mula meledak menerusi Siri Stranger Things di Netflix, namanya pantas mencipta fenomena luar biasa. Kini, dia menjadi antara pelakon muda paling laku serta jadi rebutan ramai penerbit.

Terbaru, Millie menerajui filem dinanti ramai Enola Holmes yang diterbitka­n eksklusif di Netflix. Menariknya, dia turut menjadi penerbit bersama filem itu sekali gus mengukuhka­n profilnya.

Berkongsi mengenai perkara itu menerusi wawancara bersama

RAP baru-baru ini, dia mengakui sangat berbesar hati mendapat kepercayaa­n itu. Selain memegang watak utama sebagai

Enola, pengalaman­nya menerbitka­n filem itu sangat berharga.

“Saya memang tiada keraguan langsung untuk menerima dan menjayakan watak itu. Watak itu adalah watak yang bagi saya membawa makna besar dan tersendiri maksudnya dalam profil kerjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia