Harian Metro

MACAM BERMIMPI

Tandukan Martinez cipta sejarah buat Bayern Munich

- AFP

Pemain veteran, Javi Martinez mengakui dia bagai bermimpi apabila sekali lagi mencipta sejarah buat Bayern Munich selepas tandukanny­a membantu kelab itu menewaskan Sevilla 2-1 dalam aksi Piala Super UEFA, semalam.

Selepas menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-120 tujuh tahun lalu ketika Bayern menjuarai Piala Super UEFA 2013 dengan mengatasi Chelsea menerusi penentuan penalti di Prague, kali ini Martinez meledak gol minit ke-104 di Arena Puskas bagi menghadiah­kan kejuaraan keempat buat penyandang juara Liga Juara-Juara itu.

Kedua-dua kelab itu bermain buat kali pertama di hadapan 15,810 penonton sejak pandemik Covid-19 melanda Eropah Mac lalu.

Dalam perlawanan itu, Sevilla terlebih dahulu di depan selepas Lucas Ocampos menyempurn­akan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-13, tetapi Leon Goretzka berjaya menyamakan kedudukan buat Bayern pada minit ke-34.

Martinez, 32, yang dibawa masuk pada babak kedua perlawanan nyata tidak mengecewak­an apabila dia menjaringk­an gol bagi memastikan kemenangan buat Bayern.

Jurulatih Bayern, Hansi Flick memuji persembaha­n

London:

Phile Foden muncul wira Manchester City apabila meledak gol kemenangan bagi mengatasi Bournemout­h 2-1 dan mara ke pusingan keempat Piala Liga manakala Liverpool berpesta jaringan dengan menewaskan Lincoln 7-2, semalam.

City tampil juara bertahan dan memenangi saingan itu sejak tiga tahun lalu, tetapi pengurus, Pep Guardiola mengakui beliau menyenarai­kan pemain muda bagi memberi keutamaan terhadap kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan persiapan pramusim yang singkat dan beberapa pemain disahkan positif Covid-19.

Liam Delap iaitu anak bekas pemain tengah Stoke City, Rory Delap hanya memerlukan 18 minit bagi menjaringk­an gol dalam penampilan pertamanya bersama skuad utama selepas mendapat hantaran daripada Foden. anak buahnya yang berjaya mengawal tekanan dengan baik.

Gol kemenangan dijaringka­n Martinez menyaksika­n Bayern mengekalka­n rekod tanpa kalah mereka dalam 23 perlawanan sejak Februari lalu.

‘‘Setiap kali saya menyarung jersi Bayern, saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik dan saya membuktika­nnya sekali lagi hari ini (semalam).

‘‘Saya sentiasa mahu membantu pasukan dengan menjaringk­an gol. Ia mimpi menjadi kenyataan. Saya sangat gembira dapat memenangi trofi ini buat kali kedua selepas turut menjaringk­an gol pada 2013,’’ kata Martinez.

Selepas turut memenangi gelaran Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara, Bayern berpeluang meraih kejuaraan kelima tahun ini apabila mereka melayan kunjungan Borussia Dortmund di Munich bagi aksi Piala Super Jerman, Rabu ini. - ‘‘Dia penyerang yang berbeza daripada apa yang kami miliki dari aspek fizikal. Kami dapat lihat ketika latihan, dia mempunyai sentuhan penyudah yang sangat baik,’’ kata Guardiola mengulas mengenai pemain berusia 17 tahun itu. Bagaimanap­un, jaringan pendahulua­n itu hanya bertahan empat minit apabila pemain Bournemout­h, Sam Sturridge menjaringk­an gol penyamaan. Guardiola memasukkan dua bintang utamanya, Kevin de Bruye dan Raheem Sterling pada babak kedua perlawanan, tetapi Foden menjadi wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-75. Anak buah Guardiola akan berkunjung ke Burnley untuk aksi 16 terakhir.

Sementara itu, anak buah Jurgen Klopp menewaskan Lincoln dengan Takumi Minamino dan Curtis meledak dua gol.

‘‘Semua pemain menggunaka­n peluang bagi membuktika­n kemampuan masing-masing. Itu sangat penting. Kita dapat lihat siapa menunjukka­n kesungguha­n pada perlawanan ini dan hanya dengan itu, anda mendapat peluang beraksi dalam banyak perlawanan musim ini,’’ kata Klopp. - AFP

 ??  ?? DELAP (tengah) turut menyerlah dalam aksi pertama bersama skuad utama City.
MARTINEZ (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan.
DELAP (tengah) turut menyerlah dalam aksi pertama bersama skuad utama City. MARTINEZ (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia