Harian Metro

UKM sedia rentap ego Harimau Kumbang

-

Kuala Lumpur:

Kapten UKM FC, Asnan Ahmad kekal positif untuk mereka mencalar rekod bersih tanpa kalah Pulau Pinang dalam pertembung­an Liga Perdana, petang ini.

Asnan mengakui lawan mereka di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang itu bukan calang-calang dengan skuad Harimau Kumbang kini dalam misi merebut trofi Liga Perdana dan semestinya mereka memerlukan kemenangan untuk kekal di takhta liga.

Bagaimanap­un, pemain berusia 27 tahun itu menyifatka­n siapa pun lawan yang akan dihadapi, mereka tidak boleh terus tersungkur selepas kali terakhir merekod kemenangan ketika bertemu Kelantan United sebelum seri dengan Terengganu II, minggu lalu.

Apa yang pasti, skuad kendalian Sulaiman Hussin itu yang kini menghuni tangga kelapan liga perlu bekerja keras andai mahu mencipta kejutan.

‘‘Kami sebenarnya lebih memikirkan bagaimana cara untuk mendapat tiga mata nanti, bukannya berniat untuk halang Pulau Pinang daripada merebut trofi liga.

‘‘Jadi, tidak kira pasukan mana sama ada mereka di takhta liga atau tidak, objektif utama kami adalah untuk menang dan layak ke Piala Malaysia.

‘‘Bukan apa, sekarang momentum kami sudah bertambah baik, sekurang-kurangnya kami menang dan seri sebelum ini dan sebab itu saya harap aksi Sabtu ini (hari ini), pasukan dapat menang ke atas Pulau Pinang dan tidak boleh tercicir mata,’’ jelas Asnan.

Pulau Pinang masih lagi belum selesa untuk memastikan trofi liga menjadi milik mereka kerana hanya dipisahkan tiga mata daripada Kuala Lumpur yang kini di tangga kedua.

Sudah pasti, Kuala Lumpur turut inginkan kemenangan menentang Selangor II malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

 ??  ?? UKM mahu calar rekod kemenangan Pulau Pinang.
UKM mahu calar rekod kemenangan Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia