Harian Metro

BESARKAN OTOT DULU

Penyerang KVK sabar tunggu caps pertama

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Peminat bola sepak tempatan kemungkina­n perlu menunggu lebih lama untuk melihat penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin meraih caps pertamanya di Liga Pro Jupiler musim ini.

Luqman, 18, yang menyertai kelab utama Belgium, KV Kortrijk (KVK) semusim lama lima masih menanti peluang untuk diturunkan meskipun sudah merekodkan dua gol dalam dua aksi persahabat­an.

Sebelum ini, ayam tambatan itu berjaya membantu skuad utama meraih kemenangan 2-1 dalam perlawanan pemanas badan menentang BX Brussel dengan dia meledak satu gol dan satu lagi ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK ketika tewas 1-4.

Menurut sumber, fokus Luqman ketika ini untuk membina otot dan fizikal lebih baik memandangk­an tahap liga Belgium yang dilihat cukup sengit dan amat kompetitif.

Begitupun, ia tidak bermakna Luqman tiada dalam perancanga­n pasukan tetapi pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu perlu diberi masa menyesuaik­an diri dengan ekosistem bola sepak Eropah.

“Sejak Luqman tiba di KVK, dia menunjukka­n prestasi cukup bagus dan komitmen tinggi sepanjang latihan. Paling utama, Luqman memiliki potensi untuk menyinar dan kelebihan yang ada sudah tentu kelajuan.

‘‘Dia memang laju berbanding pemain lain dan itu aset KVK. Tapi pasukan mahu beri lebih masa kepada Luqman terutama membina otot, fizikal dan kecerdia gasan supaya benar-beuntuk nar sedia diturunkan kelak.

“Apapun, kita doakan Ludan qman berjaya beraksi dalam skuad utama tidak lama lagi,” kata sumber. Berdasarka­n tinjauan Arena Metro di laman sosial rasmi KVK sama ada di Famahupun cebook Inskelibat tagram, Luqtidak man kelihatan bersama pasukan utama kendalian, Yves Vanderhaeg­he. Sebaliknya mungkin Luqman kembali menjalani latihan dengan skuad simpanan KVK bagi meningkatk­an lagi tahap permainann­ya.

Kali terakhir penyerang skuad B-19 tahun negara itu menjalani latihan deskuad ngan utama dua minggu lalu unpersiapa­n tuk aksi persahabat­an menentang BX Brussel.

 ??  ?? LUQMAN perlu pastikan kecergasan di tahap terbaik sebelum diturunkan.
LUQMAN perlu pastikan kecergasan di tahap terbaik sebelum diturunkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia