Harian Metro

Inspektor ambil rasuah didenda RM6,000

-

Ipoh: Seorang inspektor polis didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, semalam selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM3,000 enam tahun lalu.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Sahrol Zaman Mohd Adom, 38, didakwa menerima wang tunai RM3,000 daripada seorang individu menerusi mesin deposit tunai di Maybank cawangan Silibin di sini, pada 14 Mei 2014 pada jam 12.01 tengah hari.

Dia yang ketika itu bertugas sebagai pengawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) di sini didakwa menerima suapan tersebut yang ada kena mengena dengan siasatanny­a terhadap satu kes di bawah kesalahan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, Sahrol Zaman didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Hakim S Indra Nehru menetapkan hukuman denda RM6,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Selain itu, Sahrol Zaman mengaku tidak bersalah terhadap tiga lagi tuduhan menerima suapan dengan jumlah keseluruha­n RM3,000 pada 8 Mei 2014.

Ayah kepada sepasang anak kembar itu didakwa menerima RM1,000 dan RM500 pada 2.10 petang dan 5 petang di C Team IPD Ipoh serta RM1,500 melalui pindahan wang telegrafik di Maybank cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan jam 6.49 petang yang semuanya berkait kes sama di bawah siasatanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia