Harian Metro

Anak sering tanya soalan pelik

-

Kuala Lumpur: “Memang seronok bila anak dan anak saudara gemar menonton kisah nabi dalam bentuk animasi namun saya mula rasa ada yang tidak kena apabila mereka kerap bertanya soalan yang pelik.

“Antara soalan yang sering ditanya adalah nabi bukan manusia, tetapi cahaya dan mereka memperinci­kan rupa fizikal beberapa nabi sedangkan dalam sirah yang diketahui tidak begitu.”

Demikian perkongsia­n seorang bapa, Mohd Fadly Daud, 42, yang menceritak­an animasi mempamerka­n watak nabi secara fizikal keseluruha­n mereka yang mengundang salah faham dalam kalangan masyarakat terutamany­a kanak-kanak.

Menceritak­an pengalaman­nya, Mohd Fadly berkata, sebelum itu dia mengetahui bahawa mereka memang kerap menonton animasi di YouTube dan pernah terdengar dialog yang ketika itu disifatkan sebagai Islamik.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa pada peringkat awal dan rasakan ia sesuatu yang baik apabila mereka menonton rancangan animasi Islamik, namun selepas itu saya kerap ditanya dengan soalan yang di luar kebiasaan.

“Selepas beberapa kali mereka bertanyaka­n soalan yang saya sifatkan sebagai pelik, saya menonton saluran YouTube kisah nabi itu bersama mereka.

“Namun, amat memeranjat­kan apabila siri animasi itu menzahirka­n rupa fizikal nabi dengan gambar seperti lelaki lingkungan 60-an dengan janggut putih serta berserban.

“Saya amat yakin bahawa penzahiran fizikal seseorang nabi adalah dilarang, namun beberapa siri animasi YouTube berkenaan melakukann­ya berdasarka­n imaginasi pereka kandungan terbabit,” katanya.

Katanya, dia turut mengambil masa beberapa minggu menjelaska­n kepada anak serta anak saudaranya untuk memberi kefahaman sebenar kepada mereka.

Katanya, sepanjang menonton animasi itu, sedikit sebanyak mereka terpengaru­h dengan dakyah yang dibawakan oleh pereka kandungan terbabit.

“Atas pengajaran berkenaan, ibu bapa sememangny­a memainkan peranan yang penting terutamany­a ketika zaman maklumat tanpa sempadan.

“Kita perlu tahu apa yang anak kita tonton dan mengetahui kandungann­ya kerana ada kalanya saluran berkenaan mungkin kelihatan baik, namun mempunyai isi kandungan sebaliknya,” katanya.

Amat memeranjat­kan apabila siri animasi itu menzahirka­n rupa fizikal nabi dengan gambar seperti seorang lelaki lingkungan 60-an dengan janggut putih termasuk berserban”

Mohd Fadly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia