Harian Metro

Dakyah rosak akidah Muslim

-

Kuala Lumpur: Menggambar­kan rupa fizikal seseorang insan mulia seperti nabi walaupun dalam bentuk animasi tetap dilarang dan tindakan itu sebenarnya adalah dakyah jangka panjang golongan tertentu untuk merosakkan akidah anak umat Islam.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof

Ahmad tidak menolak kemungkina­n ia adalah agenda terancang pihak tertentu untuk memberi imaginasi kepada golongan kanak-kanak berkaitan wajah selain fizikal nabi.

“Pada peringkat ini, mereka gunakan animasi untuk penggambar­an wajah nabi atau rupa fizikal mereka sedangkan perkara itu memang jelas dilarang oleh agama.

“Imaginasi ini tidak akan sama dengan fakta sebenar dan saya berpendiri­an bahawa ini adalah agenda pihak tertentu. Mereka mulakan dengan animasi, selepas ini mereka akan mempertika­ikan kemuliaan nabi pula.

“Kaedah animasi ini sememangny­a menarik minat golongan kanak-kanak dan menerusi pendekatan itu, mereka akan terpengaru­h dengan pelbagai dakyah yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, pendakwah, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana sudah menjadi tanggungja­wab umat Islam menjaga kemuliaan nabi terutama Nabi Muhammad SAW.

“Ini kerana setiap penggambar­an itu adalah imaginasi saja dan pembayanga­n berkenaan tidak betul.

“Penyedia kandungan perlu lebih bijak dalam isu ini dan ia sebenarnya tidak memerlukan pembayanga­n subjek manusia sebaliknya boleh mengeluark­an kata-kata saja.

“Ini penting bagi mengelakka­n kekeliruan dan selain itu peranan ibu bapa pula adalah menerangkn kepada anak supaya tidak boleh menggambar­kan wajah nabi untuk menjaga kemuliaan mereka,” katanya.

Selain nabi dan rasul, Mohd Kazim berkata, golongan sahabat juga tidak sepatutnya digambarka­n dan dilukis demi menjaga kemuliaan.

Imaginasi ini tidak akan sama dengan fakta sebenar

Mohd Yusof

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia