Harian Metro

Sindiket seleweng LPG tumpas

-

Kuala Langat: Hasil risikan selama dua minggu, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya menumpaska­n sindiket penyelewen­gan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM150,000.

Hasil serbuan di sebuah stor di Kampung Jenjarom, dekat ini, kelmarin, sebanyak 1,709 tong gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram (kg) disita.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Selangor, Aminuddin Muhammad berkata, serbuan jam 8.45 malam itu dilakukan selepas risikan selama dua minggu dijalankan terhadap premis berkenaan.

“Daripada jumlah keseluruha­n tong gas yang disita, 712 sudah terisi, 894 tong kosong manakala 103 sedang disambung ke lori tangki untuk proses pengisian cecair gas.

“Nilai rampasan bagi gas LPG diselamatk­an adalah RM150,000 dan nilai keseluruha­n termasuk kenderaan serta peralatan pemindahan gas LPG dianggarka­n RM374,659.20,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 25 dan 35 tahun dan ketika serbuan dilakukan, proses pemindahan gas masih berlangsun­g.

Katanya, hasil soal siasat mendapati dua individu berkenaan adalah pekerja teknikal dan pemandu lori yang menghantar bekalan gas LPG ke stor itu.

 ??  ?? TONG gas LPG yang dirampas menerusi serbuan di sebuah stor di Kampung Jenjarom.
TONG gas LPG yang dirampas menerusi serbuan di sebuah stor di Kampung Jenjarom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia