Harian Metro

100% MYANMAR

13 premis niaga diuruskan warga asing langgar akta kesihatan

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Menjual produk makanan dan minuman 100 peratus dari Myanmar tanpa mempunyai label yang sah.

Ia antara kesalahan yang dikesan dalam operasi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Operasi dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa JKNPP bersama polis dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selepas menerima maklumat dan hasil risikan pada jam 11 pagi.

Dalam pemeriksaa­n itu, sebanyak 13 premis perniagaan membabitka­n sembilan kedai runcit dan empat kedai makan diuruskan warga Myanmar didapati melanggar akta kesihatan yang ditetapkan.

Pegawai Kesihatan Persekitar­an Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, pemeriksaa­n ke atas kedai runcit terbabit mendapati hampir semua produk makanan serta minuman yang dijual dibawa masuk dari Myanmar.

“Perkara ini meragukan. Bagaimana produk yang tidak mempunyai label kerana tiada alamat pengedar dan pengimport selain menggunaka­n bahasa asing selain bahasa Melayu serta Inggeris boleh dibawa masuk ke negara ini.

“Label yang sah sangat penting sekiranya berlaku kejadian tidak diingini terhadap pengguna sama ada keracunan makanan kerana boleh mengetahui kandungan bahan yang terdapat dalam produk itu.

“Penggunaan bahasa pada label produk yang dibawa masuk dari luar negara hanya boleh dalam bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya ketika ditemui dalam operasi itu di sini.

Menurutnya, antara produk minuman dan makanan itu terdiri daripada asam katak, rempah ratus dan air buah-buahan serta minuman bertenaga selain arak murah.

Katanya, pihaknya mengeluark­an 21 notis membabitka­n kompaun keseluruha­n berjumlah RM57,000 terhadap semua premis terbabit.

“Empat kedai makan diarah tutup 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan kurang memuaskan selain susunan tempat letak bahan makanan mengundang kehadiran lipas.

“Selain itu, polis turut menahan sembilan individu kerana melanggar kesalahan imigresen untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa, Nurul Hidayah Abdullah menunjukka­n barangan tidak berlabel yang menggunaka­n bahasa asing.
ANGGOTA penguat kuasa, Nurul Hidayah Abdullah menunjukka­n barangan tidak berlabel yang menggunaka­n bahasa asing.
 ??  ?? MOHD Wazir menunjukka­n produk minuman yang dibawa masuk dari Myanmar tanpa label sah.
MOHD Wazir menunjukka­n produk minuman yang dibawa masuk dari Myanmar tanpa label sah.
 ??  ?? ANTARA warga asing yang ditahan kerana gagal mengemukak­an dokumen perjalanan dan permit kerja.
ANTARA warga asing yang ditahan kerana gagal mengemukak­an dokumen perjalanan dan permit kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia