Harian Metro

Anak keluarga B40 sudah sampai Wisconsin-Madison

-

Kuala Lumpur: Pilih kawan yang membawa manfaat dan bukannya masalah kepada diri. Itu antara rahsia kejayaan pelajar cemerlang yang menerima anugerah atas pencapaian akademik Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Maiwp).

Bagi penerima Tokoh Anugerah Khas, Muhammad Kasyful Azhim Roslan, 19, berkata, latar belakang keluarga kumpulan B40 tidak menjadi halangan untuknya berjaya hingga ke menara gading.

“Dulu keluarga susah menyebabka­n saya tekad belajar bersungguh-sungguh demi mengubah taraf kehidupan keluarga.

“Alhamdulil­lah, pendidikan awal di Darul Kifayah banyak memberi motivasi kepada saya untuk menempah kejayaan yang lebih baik lagi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan A-Level,” katanya.

Muhammad Kasyful ditemui ketika penyampaia­n anugerah Anakku Cemerlang Darul Kifayah 2020 yang disampaika­n Pengerusi Maiwp, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee di Dewan Utama Darul Kifayah, semalam.

Muhammad Kasyful berkata, dia kini sedang melanjutka­n pelajaran untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia di Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat (AS) di bawah tajaan Petronas.

“Saya berharap adik-adik yang masih belajar di Darul Kifayah dapat menjadikan pencapaian saya ini sebagai contoh untuk meningkatk­an prestasi akademik.

“Walaupun, latar belakang keluarga susah atau B40 tidak semestinya seseorang itu tak boleh berjaya. Apa yang penting adalah kemahuan dan kesungguha­n diri untuk berjaya,” katanya.

Sementara itu, penerima anugerah Pelajar Terbaik SPM Darul Kifayah, Muhammad Firdaus Mustapa Kamal,18, yang mendapat 5A turut bersyukur dengan anugerah yang diterimany­a.

“Saya masuk Darul Kifayah ketika di tingkatan empat selepas mengetahui insentif belajar secara percuma yang ditawarkan.

“Wang saku RM4 setiap hari persekolah­an yang diberikan membantu keluarga berjimat untuk kos persekolah­an saya dan tujuh adik-beradik yang lain,” katanya.

Seramai 16 pelajar menerima Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik, tujuh penerima Anugerah Pelajar Terbaik keseluruha­n mengikut peringkat dan lima penerima Anugerah Pelajar Terbaik mengikut penilaian peperiksaa­n.

Darul Kifayah MAIWP adalah institusi menjaga kesejahter­aan anak yatim, saudara baharu dan pelajar miskin dengan menyediaka­n tempat kediaman, bimbingan agama, akhlak serta kemudahan pendidikan percuma.

 ??  ?? MUHAMMAD Kasyful menunjukka­n sijil penghargaa­n Tokoh Anugerah Khas yang diterimany­a, semalam.
MUHAMMAD Kasyful menunjukka­n sijil penghargaa­n Tokoh Anugerah Khas yang diterimany­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia