Harian Metro

9 SKRU DI MUKA

Derita pemuda dilanggar lari dalam perjalanan beli kek hari lahir

- Oleh Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Tanggal 26 Jun lalu menjadi detik hitam kepada bekas penghantar makanan selepas dilanggar lari ketika dalam perjalanan untuk membeli kek hari lahirnya.

Kejadian di persimpang­an lampu isyarat Jalan Kangkar Tebrau, dekat sini, menyebabka­n Mohammad Fakrul Azam Md Rosli, 22, mengalami retak di muka, patah paha kanan dan patah tulang bahu.

Selain itu, tempurung kepalanya juga terpaksa ditanggalk­an sementara akibat kecederaan parah.

Abangnya, Mohd Fakhrudin, 26, berkata, akibat kemalangan adiknya koma dua minggu dan mendapat rawatan selama sebulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

“Malah, sembilan skru terpaksa dipasang di bahagian muka adik. Ketika itu adik tidak dapat mengingati ahli keluarga termasuk ibu.

“Dia hanya minum susu menerusi saluran tiub setiap tiga hingga empat jam sehari dan terpaksa memakai lampin pakai buang.

“Namun dalam minggu ini adik sudah menunjukka­n perkembang­an positif dan boleh menerima bubur nasi cair, malah tiub juga sudah dicabut,” katanya ketika ditemui di kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara di sini, semalam.

Lebih menggembir­akan, Mohd Fakhrudin berkata, adiknya sudah mengingati ahli keluarga terdekat namun dia masih terlantar kerana patah tulang paha.

Menurutnya, Mohammad Fakrul akan menjalani pembedahan akhir November nanti untuk memasang semula tempurung kepalanya.

Katanya, bagi meringanka­n beban keluarga, dia yang masih menuntut dalam semester lima di Universiti Malaysia Sarawak (UMS) terpaksa menangguhk­an pengajian.

Mohd Fakhrudin berkata, ayahnya, Md Rosli Md Nor, 58, sudah tidak bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala ibu, Asiah Seman, 62, juga tidak bekerja dan mengalami masalah penglihata­n akibat kencing manis.

“Kami enam beradik, kakak dan seorang adik perempuan sudah berkahwin serta mempunyai komitmen keluarga.

“Ketika ini, hanya adik kelima, Nur Hidayah, 20, yang menampung keluarga dengan bekerja kilang. Adik bongsu masih sekolah, dalam tempoh sukar ini kami menggunaka­n wang simpanan bagi membeli lampin dewasa dan keperluan harian keluarga,” katanya.

Mohd Fakhrudin berkata, dia sudah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan zakat Majlis Agama Islam negeri Johor (MAINJ) bagi pihak adiknya bulan lalu namun belum menerima sebarang jawapan.

Bagi mereka yang mahu menghulurk­an bantuan, boleh berhubung dengan Mohd Fakhruddin menerusi talian 017-8099640.

Minggu ini adik sudah menunjukka­n perkembang­an positif

Mohd Fakhrudin

 ??  ?? MOHAMMAD Fakrul akan menjalani pembedahan akhir November nanti untuk memasang semula tempurung kepalanya.
MOHAMMAD Fakrul akan menjalani pembedahan akhir November nanti untuk memasang semula tempurung kepalanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia