Harian Metro

Kena 20 jahitan rumah dihempap pokok durian

-

Kuala Pilah: Seorang warga emas terpaksa menerima 20 jahitan di kepala apabila rumah mereka dihempap pokok durian dalam kejadian ribut petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Hamid Mohamad, 67, (gambar bawah) dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) oleh menantunya selepas kepalanya berlumuran darah dipercayai ditimpa kayu bumbung rumah.

Menurut isterinya, Rahimah Ahmad, 63, ketika kejadian dia, suami bersama lima ahli keluargany­a yang lain berada di dalam rumah sebelum dikejutkan bunyi dentuman kuat.

“Ketika hujan lebat itu kami semua berada di ruang tamu rumah manakala menantu saya berada di dapur untuk membuat minuman.

“Saya bersyukur kerana ahli keluarga yang lain termasuk cucu yang berusia 10 bulan terselamat manakala suami terpaksa menerima 20 jahitan di kepala. Saya juga terpaksa menerima lima jahitan di kepala kerana ditimpa bumbung rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dioh Besar, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan turut melawat mangsa dan memberi sumbangan peribadi.

 ??  ?? HAMID dan Rahimah melihat bumbung rumah mereka yang musnah akibat dihempap pokok durian.
HAMID dan Rahimah melihat bumbung rumah mereka yang musnah akibat dihempap pokok durian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia