Harian Metro

Pendapat pakar sebab Warisan kalah

-

Kuala Lumpur: Manifestas­i yang dibawa bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dirasakan faktor penolakan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, semalam.

Penganalis­is Politik, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, rakyat Sabah akhirnya menolak tema politik perpecahan yang dibawa bekas Ketua Menteri (Shafie) ketika PRN kali ini.

“Ironinya, walaupun Datuk Seri Shafie membawa tema perpaduan ketika PRN ini namun setiap ceramahnya dicemari dengan slogan Sabah untuk Sabah sedangkan kita sepatutnya duduk di bawah satu payung iaitu bendera Malaysia.

“Selain itu, prestasi kurang baik diterjemah­kan hasil daripada kekurangan pembanguna­n infrastruk­tur untuk rakyat Sabah terutamany­a keperluan asas seperti bekalan elektrik, jalan raya dan bekalan air di kawasan pedalaman,” katanya.

Sementara itu, pakar Geostrateg­is dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan pula melihat ia satu keputusan yang mengejutka­n apabila Warisan Plus dilihat lebih dominan dalam pentas politik Sabah.

Azmi berkata, label yang digunakan GRS dibantu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan beberapa parti lain menambat hati rakyat Sabah.

“Hakikat ini juga membuktika­n label BN itu sebenarnya masih diterima di Sabah dan kini BN mempunyai dominasi untuk menentukan Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Ia memandangk­an BN mempunyai lebih kerusi berbanding parti lain dan pastinya mereka memiliki kelebihan,” katanya.

Prestasi kurang baik diterjemah­kan hasil daripada kekurangan pembanguna­n infrastruk­tur untuk rakyat Sabah”

Dr Abdul Halim Hakikat ini juga membuktika­n label BN itu sebenarnya masih diterima di Sabah dan kini BN mempunyai dominasi”

Dr Azmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia