Harian Metro

Calon tertua PPRS hilang deposit

-

Kuala Lumpur: Calon tertua, Taraji Jamdi, 75, mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N66 Bugaya tewas dan hilang deposit selepas hanya memperoleh 49 undi dalam pertanding­an tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kerusi itu dimenangi calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Manis Muka Mohd Darah, 65, dengan jumlah undi diperolehn­ya sebanyak 8,557.

Ketua Wanita Warisan

Semporna itu turut menewaskan Mohd Daud Tampokong dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 2,552 undi.

Empat calon lagi selain Taraji yang hangus deposit adalah Jihek Basanu (Parti Cinta Sabah), Ahmad Kenajaan (Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu), Rasidan Latif (Bebas) dan Abdul Jan Muammil@Abdul Jim (Bebas).

Sementara itu, calon termuda Yillson Yanggun, 22, mewakili Barisan Nasional (BN) hanya mampu memperoleh 1,520 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia