Harian Metro

Peroleh majoriti mudah

-

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa membentuk kerajaan baharu Sabah selepas memperoleh majoriti mudah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, semalam.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa gabungan itu dianggotai BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh 37 kerusi berbanding 21 kerusi oleh Warisan Plus setakat ini.

Bung membuat dakwaan itu pada sidang media di Ibu Pejabat Umno Sabah, di sini, malam tadi.

Dun Sabah mempunyai 73 kerusi termasuk 13 kerusi baharu pada pilihan raya kali ini.

 ??  ??
 ??  ?? BUNG Moktar bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Umno Pusat Sabah, malam tadi.
BUNG Moktar bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Umno Pusat Sabah, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia