Harian Metro

SEDIA TANGGUNG SAKIT DEMI ADIK

Abang Hakimi derita ketumbuhan di kepala tangguh jalani pembedahan

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah, ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan mak cik bersyukur kerana banyak sumbangan diterima.”

Begitu kata Norma Mahmood, 62, ibu Mohammad Hakimi Hakim Mohd Sukri, 26, yang terlantar sejak 13 tahun lalu akibat tumor di kanan mukanya yang semakin membesar.

Menurut Norma, selepas kisah anaknya disiarkan Harian Metro, banyak sumbangan diterima sekali gus meringanka­n bebannya menampung keperluan mereka.

“Sebelum ini, mak cik hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan yang diperoleh Mohammad Hakimi selain sumbangan individu prihatin.

“Dua lagi anak juga menghulurk­an bantuan namun sekadar termampu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Besar, Che Latiff di sini, semalam.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Kelab Met Harian Metro diketuai Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit yang turut menyampaik­an sumbangan kewangan bagi meringanka­n beban keluarga itu.

Norma berkata, anak keduanya, Mohd Azam Hidayat, 29, sepatutnya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam kepala namun mengambil keputusan tidak menjalani pembedahan kerana tidak mahu membebanka­n keluarga.

“Mohd Azam beritahu mak cik, biarlah dia dalam keadaan sekarang kerana masih boleh bangun dan berjalan. Sekiranya dia menjalani pembedahan dan terlantar, siapa pula boleh uruskan Hakimi.

“Naluri keibuan mak cik tersentap apabila Mohd Azam mengetepik­an kesihatann­ya dan bergantung kepada ubat tahan sakit sekiranya sakit kepala,” katanya.

Katanya, dia juga diuji dengan masalah kesihatan apabila menderita masalah usus dan baru menjalani pembedahan memasukkan semula usus pada Februari lalu selain perlu menghadiri temu janji di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) setiap tiga bulan sekali.

“Sebelum ini mak cik melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan namun mengambil keputusan berhenti kerja sejak 10 tahun lalu disebabkan masalah kesihatan selain tiada orang boleh urus Hakimi.

“Alhamdulil­lah, rumah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sejak empat tahun lalu meringanka­n beban kerana tidak lagi perlu membayar sewa rumah,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Mohammad Hakimi mengalami cacat kekal dan hilang upaya selepas menghidap Neurofibro­matosis (sejenis penyakit saraf) selain mempunyai lebihan air di kepala.

Mohammad Hakimi menderita penyakit itu sejak lahir selepas doktor mengesan terdapat bintil kecil di kelopak mata kanannya.

Naluri keibuan mak cik tersentap apabila Mohd Azam ketepikan kesihatann­ya

Norma

 ??  ?? HUSAIN menyampaik­an sumbangan kepada Norma ketika melawat keluarga berkenaan di Kampung Kuala Besar, Che Latiff, semalam.
HUSAIN menyampaik­an sumbangan kepada Norma ketika melawat keluarga berkenaan di Kampung Kuala Besar, Che Latiff, semalam.
 ??  ?? MOHAMMAD Hakimi mengalami cacat kekal dan hilang upaya selepas menghidap Neurofibro­matosis.
MOHAMMAD Hakimi mengalami cacat kekal dan hilang upaya selepas menghidap Neurofibro­matosis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia