Harian Metro

Feri mula operasi

-

Alor Setar: Perkhidmat­an feri dari Kuala Kedah di sini, ke Langkawi beroperasi semula semalam selepas dihentikan selama 14 hari berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Secara Pentadbira­n sejak 11 September lalu.

Pegawai Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Ahmad Azizan Aziz berkata, empat perjalanan feri dari Kuala Kedah ke pulau peranginan itu bermula sejak jam 8 pagi dan berakhir 4.30 petang.

“Bagaimanap­un, jadual perjalanan itu hanya dilaksanak­an selama tiga hari sehingga Isnin ini, namun akan kembali normal mengikut jadual perjalanan asal bermula Selasa ini.

“Kita laksanakan empat perjalanan dahulu untuk tiga hari ini kerana mungkin ada masih fobia dengan penularan Covid-19 sebelum mengikut jadual asal pada 29 September ini,” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Kuala Kedah di sini.

Katanya, penumpang digalakkan membeli tiket dalam talian bagi mengelakka­n kesesakan di kaunter dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, tinjauan mendapati lebih 100 penumpang menggunaka­n perkhidmat­an feri melalui Terminal Feri Kuala Kedah, di sini, untuk ke Langkawi.

Dalam pada itu, penumpang feri, Azwan Shah Masod, 35, berkata dia bertolak dari Johor sejak petang kelmarin sebelum tiba di Terminal Feri Kuala Kedah pagi semalam kerana mempunyai urusan di Langkawi.

 ??  ?? FERI dari Kuala Kedah ke Langkawi mula operasi, semalam.
FERI dari Kuala Kedah ke Langkawi mula operasi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia