Harian Metro

BALIK SABAH SARING DAHULU

Pengunjung diwajib jalani ujian saringan pengesanan Covid-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabang­sa

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabang­sa bermula 27 September ini sehingga 10 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat keperluan untuk melaksanak­an langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.

“Mereka diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahter­a dan daftar masuk menggunaka­n aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabang­sa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.

“Mereka akan menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabang­sa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, semua individu di Pintu Masuk Antarabang­sa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.

“Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukka­n negatif Covid-19.

“Sekiranya didapati individu perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan,” katanya.

Menurutnya, jika inidvidu itu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang perlu menjalani saringan ulangan bagi Covid-19.

“Saringan ke atas individu (warganegar­a dan bukan warganegar­a) yang pulang dari Sabah dikecualik­an daripada caj ujian Covid-19.

“Tempoh pelaksanaa­n langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu baru pulang dari Sabah disemak dari semasa ke semasa, berdasarka­n penilaian risiko penularan jangkitan pada masa berkenaan dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitann­ya akan dimaklumka­n kepada umum,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia