Harian Metro

Pelajar TKC kena kuarantin

-

Seremban: Seorang pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Bandar Enstek, Nilai, dekat sini, dikuaranti­n selepas menjadi kontak rapat bapanya yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah, baru-baru ini.

Pengetuany­a, Anismah M Noh berkata, lelaki itu bersama isteri dan dua lagi anaknya datang ke TKC pada 19 September lalu untuk menghadiri program Town Hall dan Hari Pelaporan.

Katanya, TKC menetapkan ibu bapa yang berasal dari Kedah dan Sabah itu tidak dibenarkan menghadiri program berkenaan, bagaimanap­un lelaki terbabit masuk ke kolej untuk menghantar isterinya.

“Dia bersama dua lagi anaknya kemudianny­a pergi ke sebuah pasar raya di Nilai sebelum datang kembali ke kolej untuk menjemput isterinya dan turut menghantar anaknya yang belajar di tingkatan satu di kolej ini ke asrama.

“Bagaimanap­un, ketika di dalam kereta, dia sentiasa memakai pelitup muka dan tidak bersalaman dengan anaknya. Jangka masa mereka bertemu juga singkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Anismah berkata, pelajar terbabit diasingkan sertamerta dan setakat ini tidak menunjukka­n sebarang gejala seperti batuk dan selesema.

Beliau berkata, pihak Pejabat Kesihatan Daerah turut dipanggil ke kolej semalam dan membawa pelajar berkenaan ke pusat kuarantin di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Bandar Enstek selama 14 hari.

“Susulan itu, aktiviti yang membabitka­n bilangan pelajar yang ramai di kolej ini sudah dibatalkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia