Harian Metro

Sabah terus catat jangkitan tertinggi

-

Kuala Lumpur: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatka­n 82 kes baharu semalam menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruha­n penularan wabak itu sebanyak 10,769 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 82 kes baharu yang dilaporkan itu, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 79 kes penularan tempatan.

Beliau berkata, kes import itu membabitka­n dua individu warga negara dan satu bukan warga negara.

Bagi 79 kes penularan tempatan, katanya, sebanyak 53 kes membabitka­n warga negara manakala 26 bukan warga negara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini (semalam) mendapati Sabah kekal tertinggi iaitu 64 kes membabitka­n kluster Bangau-Bangau, kluster Benteng LD selain tiga kes saringan bergejala, satu kes saringan di pintu masuk, satu kes di Klinik Kesihatan Tawau dan satu kes kemasukan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.

“Selain itu, Negeri Sembilan mencatatka­n tiga kes, dua daripadany­a kes saringan pulang dari Sabah dan satu kes saringan ke luar negara,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor turut mencatatka­n dua kes, Terengganu dua kes, masing-masing satu kes bagi Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Labuan.

“Sebanyak 89 kes yang pulih hari ini (semalam), menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,785 kes iaitu 90.7 peratus.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 adalah 851 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, lapan pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia