Harian Metro

NYAWA RM4,000

16 ditahan berebut ganjaran lumba haram babit dua kumpulan Yamaha 125ZR di LPT2

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Polis menahan 16 lelaki termasuk penganjur lumba haram dalam Operasi Samseng Jalanan yang dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman, semalam.

Polis menerima maklumat mengenai perlumbaan haram di antara dua kumpulan Yamaha 125ZR membabitka­n pertaruhan berjumlah RM4,000 akan diadakan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 pada jam 12 tengah malam, semalam.

Timbalan Pengarah JSPT, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, bertindak atas maklumat itu sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman ke lokasi.

Menurutnya, ketika di lokasi polis melihat dua penunggang berlumba dengan melakukan aksi Superman di Kilometer (KM) 248 arah Timur sebelum berpatah balik melawan arus. “Anggota menghampir­i dua penunggang itu menyebabka­n mereka melarikan diri namun seorang ditahan.

“Polis menahan lapan lagi pelumba yang menunggang secara melawan arus dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya di KM250.5 dan Plaza Tol Jabor.

“Kami turut menahan lima lelaki disyaki bersubahat dalam perlumbaan haram iaitu penganjur, penyimpan wang pertaruhan, orang tengah dan pemandu kereta Honda Jazz,” katanya, semalam.

Mohd Nadzri berkata, soal siasat ke atas semua suspek membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Kampung Batu Hitam Beserah, Kuantan, Pahang dan menahan seorang lelaki mengaku penunggang pada jam 1.30 pagi.

Beliau berkata, berdasarka­n siasatan lanjut polis menahan seorang lelaki sebagai penyimpan wang pertaruhan di sebuah rumah di Kampung Seberang Balok,

Kuantan dalam serbuan jam 4 petang.

“Pemeriksaa­n menemui wang tunai RM4,000 di dalam genggaman tangan kanannya,” katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Ketika di lokasi polis melihat dua penunggang berlumba dengan aksi ‘superman’

Mohd Nadzri Hussain

 ??  ?? INDIVIDU yang terbabit lumba haram di LPT2 ditahan untuk siasatan lanjut.
INDIVIDU yang terbabit lumba haram di LPT2 ditahan untuk siasatan lanjut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia