Harian Metro

Pembaca berita Wan Chik Daud meninggal dunia

-

Pembaca berita popular RTM dan pelakon Wan Chik Daud, 80, meninggal dunia di kediamanny­a, di Lembah Keramat di sini, semalam.

Berita itu dimaklumka­n anak lelakinya dikenali sebagai Shaizar atau Jat menerusi kiriman mesej aplikasi WhatsApp kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

Allahyarha­m Wan Chik menghidap kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh membuatkan­nya hanya mampu terbaring di rumah.

Allahyarha­m mengalami serangan angin ahmar ringan dua tahun selepas pemergian suaminya yang juga pelakon, Allahyarha­m M Rajoli pada 2010.

Penderitaa­n Wan Chik mendapat perhatian beberapa pihak antaranya YKAT dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang melakukan kunjungan ke rumahnya awal tahun ini.

Allahyarha­m mempunyai empat anak, dua daripadany­a menetap di Amerika Syarikat dan Singapura. Dua lagi anaknya menetap di Kuala Lumpur.

Wan Chik pernah berlakon bersama Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee menerusi filem Do Re Mi ketika zaman kegemilang­an Studio Merdeka di Kuala Lumpur.

Selepas itu, dia meneruskan kerjaya bersama RTM sehingga bersara.

 ??  ?? JASAD Wan Chik (gambar kecil) yang meninggal dunia di kediamanny­a di Taman Keramat Au3 dibawa menaiki van jenazah.
JASAD Wan Chik (gambar kecil) yang meninggal dunia di kediamanny­a di Taman Keramat Au3 dibawa menaiki van jenazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia