Harian Metro

Ibu Cef Zam sudah tiada

-

Ibu selebriti masakan dan pemakanan terkenal Cef Zam, Chik Minah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, kelmarin.

Perkara itu disahkan oleh Cef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 50, menerusi akaun media sosialnya.

“Saya memohon agar anda semua bermurah hati sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah Ma (ibu) saya.

“Doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menjauhkan­nya daripada seksa kubur dan menempatka­n rohnya bersama para syuhada,” tulisnya yang popular dengan program masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-Ole Malaysia, Aroma Selebriti dan banyak lagi.

Terdahulu Allahyarha­m Chik Minah yang menghidap pneumonia sudah beberapa hari dirawat di hospital dan sentiasa ditemani oleh Cef Zam dan anak saudaranya.

Jenazah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam,

Seksyen 9, Kota Damansara, semalam.

 ??  ?? CEF Zam memeluk jenazah ibunya yang meninggal dunia akibat pneumonia.
CEF Zam memeluk jenazah ibunya yang meninggal dunia akibat pneumonia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia