Harian Metro

Kakak Zamani meninggal komplikasi buah pinggang

-

Kakak kepada penyanyi, Zamani Slam yang juga ibu kepada penyanyi dan komposer Zynakal, Zuraidah Ibrahim meninggal dunia di hospital swasta di Kampung Baru akibat komplikasi buah pinggang, semalam.

Perkara ini dimaklumka­n oleh rakan baik Zamani dikenali sebagai Babah Lan.

Menurutnya, Allahyarha­m Zuraidah dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu.

“Zamani sebenarnya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana terbabit dengan satu persembaha­n.

“Sebaik menerima berita ini, penganjur segera membelikan dia tiket penerbanga­n pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Allahyarha­m Zuraidah bertindak menguruska­n syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia