Harian Metro

Perkosa lepas bunuh

-

New Delhi: Berang selepas mengesyaki isteri curang, seorang lelaki di utara India membunuh wanita itu, adik ipar dan ibu mentuanya.

Lebih mengejutka­n, kekejaman lelaki itu tidak terhenti di situ apabila merogol mayat ketiga-tiga individu berkenaan.

Polis menemui mayat semua mangsa di tiga lokasi berbeza pada 6, 7 dan 8 September lalu.

Portal TimesNowNe­ws yang memetik Hindustan Times melaporkan suspek dikenal pasti sebagai Noor Hasan, 27.

Berdasarka­n laporan berkenaan, polis di Chandigarh, Hayana mendapat tahu hal itu selepas menahan suspek terbabit.

Suspek memberitah­u polis bahawa dia melakukan perbuatan itu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit.

Selain itu, lelaki itu mendakwa adik ipar dan mak mentua menyokong kecurangan isterinya.

Menurut polis, pada kejadian 5 September lalu, suspek terdahulu memberikan dadah kepada isteri dan adik iparnya sebelum membunuh mangsa dengan senjata tajam.

Seterusnya, suspek membuang mayat mereka di dua lokasi berbeza.

Pada 8 September lalu, lelaki itu pergi ke rumah ibu mentuanya di kampung Bursham dan mencekik wanita berkenaan.

Dia juga berusaha membakar tubuh mangsa untuk menyembuny­ikan identiti ibu mentuanya itu.

Lelaki bunuh isteri, adik ipar dan ibu mentua sebelum noda mayat mereka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia