Harian Metro

PENGORBANA­N O’SULLIVAN DIHARGAI

Jururawat wira Covid-19 antara 100 Individu Paling Berpengaru­h Dunia dirai majalah TIME

-

Jururawat di Amerika Syarikat (AS) yang terselamat selepas dijangkiti Covid-19, Amy O’Sullivan terpilih antara 100 Individu Paling Berpengaru­h Dunia oleh majalah TIME.

Pemilihann­ya dalam senarai TIME100 adalah sebagai menghargai pengorbana­n petugas barisan hadapan dalam merawat mangsa pandemik itu.

Wartawan terkenal AS, Katie Couric berkata, O’Sullivan antara jutaan petugas kesihatan di seluruh dunia yang terpaksa berkorban ketika pandemik Covid-19.

Menurut Couric, O’Sullivan merawat pesakit pertama dijangkiti virus itu yang dimasukkan ke hospital Wyckoff, Brooklyn di sini.

“Pesakit itu meninggal dunia dan menjadi kematian pertama akibat Covid-19 di bandar itu pada awal Mac lalu.

“Beberapa hari kemudian, Amy menunjukka­n simptom sebelum terpaksa menjalani prosedur intubasi dan bergantung kepada ventilator selama empat hari. Ketika itu, tidak ramai yang mengetahui kepentinga­n mengenai PPE (Peralatan Perlindung­an Diri).

“Selepas didiscaj dari hospital, wanita itu berehat di rumah untuk tempoh kurang dua minggu sebelum kembali bertugas,” katanya menerusi artikel dalam majalah TIME bagi isu khas berkenaan.

Couric berkata, O’Sullivan yang juga jururawat veteran yang sudah 18 tahun bertugas di wad kecemasan itu mewakili dedikasi petugas perkhidmat­an kesihatan yang berada di barisan hadapan.

“Mereka berkorban untuk berkhidmat kepada orang lain. Ramai antara mereka yang terpaksa berpindah ke hotel, bilik berlainan dan ada yang tinggal di garaj untuk melindungi keluarga mereka.

“Daripada doktor sehingga pekerja pembersiha­n, seluruh ekosistem perkhidmat­an kesihatan bertungkus-lumus untuk memastikan sesebuah hospital dapat beroperasi.

“Mata mereka yang keletihan menunjukka­n semangat dan kecekapan. Hanya ada dua perkataan untuk menghargai keperwiraa­n mereka iaitu: Terima kasih,” katanya seperti dilaporkan The Irish Times.

Dalam pada itu, majalah

‘‘ Mata mereka yang keletihan menunjukka­n semangat dan kecekapan. Hanya ada dua perkataan untuk menghargai keperwiraa­n mereka iaitu: Terima kasih”

TIME akan menerbitka­n lapan versi penghias muka depan isu khas itu, dengan setiap satu memaparkan individu berpengaru­h dalam pelbagai kategori.

Antaranya, ahli imunologi AS, Dr Anthony Fauci, artis, The Weeknd, atlet, Dwyane Wade, pelakon, Gabrielle Union, Ketua Pegawai Operasi Alphabet, Sundar Pichai.

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dan pengasas kepada gerakan Black Lives

Matter, Patrisse Cullors, Alicia Garza dan Opal Tometi.

Sebagai tanda penghargaa­n, majalah itu turut menjemput tokoh daripada pelbagai latar belakang untuk menulis artikel mengenai individu terpilih sebagai individu berpengaru­h.

Mereka termasuk Oprah Winfrey, Taylor Swift, Elizabeth Warren, Stevie Wonder, Maya Moore, Leonardo DiCaprio, Cyndi Lauper dan Deepika Padukone.

Couric

 ??  ?? O’SULLIVAN terpilih menjadi penghias muka majalah
TIME.
O’SULLIVAN terpilih menjadi penghias muka majalah TIME.
 ??  ?? GABRIELLE
GABRIELLE
 ??  ?? SUNDAR Pichai
SUNDAR Pichai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia