Harian Metro

BERBEZA DARI SEGI ALAHAN

Bagi Scha emosi dan pembawaan diri lebih relaks pada kehamilan kedua

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Impian memiliki cahaya mata kedua dimakbulka­n apabila pelakon dan pengacara terkenal, Scha Alyahya disahkan hamil dengan usia kandungan kini mencecah enam bulan.

Apatah lagi berita gembira itu hadir selepas hampir enam tahun menanti iaitu apabila anak sulung hasil perkahwina­n dengan pengacara terkenal, Awal Ashaari iaitu Lara Alana kini berusia enam tahun.

Malah, Scha yang mula mencuri perhatian menerusi drama Awan Dania mengakui kehamilan kedua ini berbeza dengan yang pertama dari segi alahan.

Bagaimanap­un, Scha berkata, kehamilan kedua emosi dan pembawaan diri lebih relaks.

“Banyak perbezaan dari segi alahan. Malah kali ini lebih lama sampai masuk ‘trimester’ kedua pun masih ada alahan.

Sekarang bertambah baik sikit tapi masih ada rasa alahan macam badan ada angin dan ‘gassy’.

Kadang rajin dan kadang malas.

“Dari segi emosi pula saya lebih stabil dan Awal kata saya lebih kuat daripada dulu. Maksudnya, dari segi tak terlalu ‘clingy’ atau asyik nak berkepit dengan dia saja apabila saya lebih banyak berdikari. Kalau dulu terlalu berhatihat­i. Sebagai contoh, nak makan apa, nak minum apa dan nak buat apa. Semua saya berkira.

Dia sangat cemburu kalau Awal peluk dan rapat dengan saya sebab dia ingat Awal nak rapat dengan ‘baby’ dalam perut

SCHA

“Alhamdulil­lah, kali ini saya lebih relaks. Cuma, saya suka balik rumah cepat dan tak suka keluar rumah kalau tiada urusan kerja. Aktif tu tak terlalu aktif cuma ada kerja yang memang sudah disusun dan dijadualka­n untuk bulan ini sikit dan bulan depan sikit. Jadi, tak terlalu padat,” katanya.

Pada masa sama, Scha yang juga pengacara program Dewi Remaja mengakui hamil pada usia 37 tahun dianggap mencabar dari segi stamina.

“Cabaran dari segi stamina. Sekarang ini saya faham kenapa ramai rakan selebriti kata makin bertambah anak atau pada usia ini, kita jadi cepat penat,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan anak sulungnya, menurut

Scha, Lara inginkan adik perempuan.

Selain itu, Scha berkata, dia dan Awal mempunyai pendekatan tersendiri untuk memujuk hati anaknya itu.

“Ada ketika Lara okey dan kadang-kadang dia cemburu. Cuma dia memang nak adik perempuan. Dia sangat cemburu kalau Awal peluk dan rapat dengan saya sebab dia ingat Awal nak rapat dengan ‘baby’ dalam perut.

“Tapi, kami selalu cakap fasal adik supaya bagi dia lebih faham dengan kehadiran adik dia akan datang, insha-Allah. Malah, kalau beli sesuatu untuk dia, kami akan cakap adik yang bagi,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seni pula, Scha yang turut mengendali­kan program Pa & Ma Journey Bersama SchAwaLara baru-baru ini berkata dia hanya aktif sebagai tetamu jemputan program.

“Soal lakonan, rasanya tiada yang sesuai sebab tawaran yang saya dapat kebanyakan­nya kena menjalani penggambar­an lewat malam dan perlu berlari.

“Mungkin sebab perut masih belum besar dan tak ramai tahu saya mengandung, tapi sekarang, saya aktif buat program sebagai tetamu jemputan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SCHA bersama Awal dan Lara Alana yang kini sudah berusia enam tahun.
SCHA bersama Awal dan Lara Alana yang kini sudah berusia enam tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia