Harian Metro

UNHINGED ADA MAGIS TERSENDIRI

Ketika saya diberitahu Crowe bakal memainkan peranan sebagai Tom, saya tidak boleh membayangk­an wajah pelakon lain Crowe mulanya enggan jayakan filem terbabit kerana jalan cerita amat menakutkan Watak ini sangat gelap, tapi saya mula terfikir sejak bila s

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Bagi kaki wayang dan penggemar filem tempatan mahupun antarabang­sa, pengumuman kerajaan membenarka­n pawagam kembali beroperasi sejak 1 Julai lalu tentu disambut baik.

Sejak pawagam mula beroperasi banyak filem antarabang­sa sudah menemui penonton tempatan antaranyai filem Train To Busan 2: Peninsula, Mulan, dan Deliver Us From Evil.

Terbaharu, filem Hollywood, Unhinged pula menemui penonton di pawagam sejak 24 September lalu dengan pelbagai aksi penuh debaran dan menyeramka­n.

Filem yang diarahkan oleh Derrick Borte itu dibintangi pemenang Anugerah Academy,

PISTORIUS

CROWE

Russell Crowe serta beberapa bintang lain seperti Gabriel Bateman, Caren Pistorius, Jimmi Simpson dan Austin P McKenzie.

Unhinged mengisahka­n seorang ibu tunggal, Rachel yang sedang dalam proses penceraian. Perwatakan­nya amat kelam-kabut dan sering lewat ke janji temu.

Satu hari, ketika Rachel menghantar anaknya, Kyle ke sekolah, dia bertembung seorang lelaki bernama Tom Cooper yang sedang mengalami depresi.

Oleh kerana Tom tidak menggerakk­an keretanya ketika lampu isyarat bertukar hijau, Rachel menekan hon.

Tom kemudian mengekori kereta Rachel dan meminta agar Rachel meminta maaf, namun Rachel enggan berbuat demikian menyebabka­n Tom naik hantu dan mengekorin­ya sepanjang hari.

Kata Crowe, ketika kali pertama membaca skrip filem Unhinged, dia mengakui tidak mahu menjayakan filem terbabit kerana jalan ceritanya amat menakutkan.

“Watak ini sangat gelap, tapi saya mula terfikir sejak bila saya berhenti melakonkan watak yang mencabar diri selama ini?

“Naskhah ini sesuatu yang baharu dan segar. Sebenarnya kalau saya baca skrip yang hampir sama dengan jalan cerita yang pernah saya jayakan dalam manamana filem sebelum ini, saya akan terus menolak.

“Namun, filem ini ada magis tersendiri selain menarik perhatian saya untuk melakukann­ya.

“Ketika saya membaca skrip filem ini saya mula rasa takut dan watak terbabit amat menyeramka­n. Disebabkan itu, saya ingin mengambil cabaran itu dan lakukan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Bagi Pistorius, dia yang memainkan peranan sebagai wanita yang sering diekori Tom dengan pelbagai aksi menakutkan berkata, ketika diberitahu Crowe bakal memainkan peranan itu, dia tidak berfikir panjang.

“Ketika saya diberitahu Crowe bakal memainkan peranan sebagai Tom, saya tidak boleh membayangk­an wajah pelakon lain.

“Crowe adalah aktor terbaik dan dia mampu menghidupk­an setiap karakter dengan berkesan meski watak yang perlu dibawakan amat berat.

“Kita mungkin sering melihat Crowe menjayakan pelbagai jenis karakter sebelum ini, namun menerusi filem ini dia ternyata menjadi seseorang yang berbeza dan menakutkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PISTORIUS sebagai wanita yang sering diekori Tom lakonan Crowe.
PISTORIUS sebagai wanita yang sering diekori Tom lakonan Crowe.
 ??  ?? CROWE jayakan watak lelaki yang mengalami depresi dalam Unhinged.
CROWE jayakan watak lelaki yang mengalami depresi dalam Unhinged.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia