Harian Metro

TAK SERIK LEPAS JATUH KUDA

Pengalaman menyakitka­n ketika jayakan muzik video single Nobody dianggap ‘salam perkenalan’

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Dilambung kuda setinggi tujuh kaki sehingga mengakibat­kan dia mengalami luka ringan.

Itulah harga yang perlu dibayar komposer dan penyanyi, Faizal Tahir bagi membayangk­an kesungguha­nnya menghasilk­an video muzik menarik untuk single terbaharun­ya berjudul Nobody.

Lagu terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia selaku pengedar itu menampilka­n Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd Tahir, 42, menunggang kuda.

Mengulas peristiwa terbabit Faizal berkata, ia berlaku pada hari pertama penggambar­an dibuat.

“Masa nak ‘shooting’, saya pakai jubah romp dan romp diletak di belakang. Ketika saya mencuba kuda, awalnya memang okey.

“Tapi agaknya dia terasa romp itu terkena bahagian punggung, dia cuba untuk campak saya. Ketika itu saya tak tahu nak buat apa.

“Hanya ingat Tuhan tapi tak sempat mengucap. Tiga kali dia cuba untuk buang saya dan akhirnya saya lepaskan,” katanya.

Menurutnya, semua orang yang ada di situ turut tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa.

“Semuanya hanya tawakal. Alhamdulil­lah, saya jatuh dalam keadaan baik tanpa apa-apa kecederaan.

“Tapi badan rasa sakit juga. Tapi kerana benda ini saya suka sebagai proses pembelajar­an, saya bangun dan teruskan kerja.

“Saya tak serik dan anggap ia sebagai salam perkenalan. Saya juga tak jumpa doktor dan hanya makan ubat tahan sakit yang diberikan,” katanya.

Faizal berkata, hentakan dilutut membawa kepada sakit pinggang dan bahu sebelah kiri berasa sakit.

“Saya juga minum jamu yang dibekalkan dan sembuh dalam masa yang agak cepat sehinggaka­n jurulatih saya pun terkejut.

“Kalau tak minum jamu, mungkin ia lebih teruk. Orang yang tengok saya jatuh pun fikir saya kena rehat seminggu kerana sakit badan.

“Alhamdulil­lah, saya rehat sekejap selepas itu sambung ‘shooting’ kerana kami nak kejar masa,” katanya yang berjaya menghabisk­an penggambar­an dalam tempoh satu setengah hari.

Ditanya kenapa memilih kuda, Faizal berkata, dia cuba mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.

“Saya buat apa yang baginda buat. Lagipun, dari dulu lagi saya minat dengan kuda tapi tak pernah ada peluang kerana sibuk bekerja.

“Pada umur begini tiba-tiba saya dapat peluang naik kuda dan suka berkuda.

“Alhamdulil­lah, banyak benda yang saya belajar daripada menunggang kuda kerana terlalu banyak kebaikan,” katanya.

Menurutnya, simbolik kuda dalam video muzik ini menggambar­kan pengembara masa.

“Watak dalam video muzik itu adalah transisi di antara bila kita mati, ada satu lagi fasa roh, sebelum dia sampai ke fasa seterusnya.

“Saya nak tunjukkan kuda adalah kenderaan untuk saya pergi ke alam seterusnya.

“Kenapa? Kerana kuda itu sunah, salah satu binatang yang disebut banyak kali dalam al-Quran. Kuda adalah salah satu binatang yang dikatakan akan berada di syurga. Wallahuall­am,” katanya.

Kalau tak minum jamu, mungkin ia lebih teruk. Orang yang tengok saya jatuh pun fikir saya kena rehat seminggu kerana sakit badan FAIZAL

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia