Harian Metro

KURANG BERLAKON KERANA TUMPU BISNES

Zoey hadiahkan sebuah kondominiu­m berharga setengah juta ringgit kepada ibu bapa

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Walaupun masih solo pada usia 35 tahun, pengacara dan pelakon Zoey Rahman enggan terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang.

Zoey berkata, walaupun ibu bapanya sering bertanyaka­n perkara itu, dia menyerahka­n soal jodoh kepada ketentuan Ilahi.

“Mak selalu tanya bila nak tamatkan zaman bujang, saya cakap kalau ada jodoh adalah. Saya serahkan kepada Allah sebab soal rezeki, jodoh, ajal maut

Allah yang tentukan. Kalau boleh semua orang nak kahwin, semua orang nak bahagia.”Nak ada anak dan isteri, habiskan masa kualiti bersama keluarga, semua impikan kehidupan seperti itu. Namun, jika dirancang macam mana pun, kalau Allah kata belum ada jodoh, belum ada lagilah ,” katanya.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey

Abd Rahman berkata, soal usia bukan menjadi isu utama apabila masih bergelar bujang, ia sudah dianggap perkara biasa kerana perlu memikirkan tanggungja­wab lain terlebih dahulu.

“Saya tak risau (tak kahwin lagi) sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu, kalau dah masuk usia 30-an tak kahwin lagi sudah jadi perkara biasa.

“Ramai lagi yang berusia 40 hingga 50 tahun tak kahwin lagi sebab mereka fokus kepada perniagaan dan apa saja yang mereka lakukan ketika ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Mikaseries For Superstar, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai kejayaan demi kejayaan yang diraih dalam perniagaan, Zoey bersyukur perniagaan­nya berkembang baik.

“Semua yang saya usahakan hari ini adalah permulaan dari bawah, apabila saya mengumpul duit sendiri tanpa meminjam.

“Saya guna duit hasil lakonan dan mengacara. Terima kasih kepada semua pihak yang percaya dan membantu saya sejak awal Mikaseries beroperasi hingga sekarang. Doakan Mikaseries terus berkembang maju dan berdaya saing,” katanya.

Zoey mengakui fokus dalam bidang perniagaan membuatkan dia kurang berlakon. Namun, Zoey menafikan dia sudah berhenti berlakon.

“Saya masih lagi berlakon, cuma antara dua hingga tiga tahun ini saya agak kurang aktif sebab fokus dengan perniagaan.

“Ramai yang menyangka saya sudah berhenti berlakon. Itu tidak betul. Sesiapa yang hendak panggil (beri tawaran berlakon), boleh berbuat demikian,” katanya yang akan menjayakan drama bersiri Black musim kedua.

Siapa sangka berkat usaha keras membangunk­an perniagaan kosmetik miliknya, Zoey berjaya menghadiah­kan sebuah kondominiu­m berharga setengah juta ringgit di Cheras, Kuala Lumpur kepada ibunya, Azizah Ibrahim, 63, dan bapa, Abdul Rahman Ngah, 77.

Menurut Zoey, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi dalam bidang perniagaan adalah berkat doa dan restu mereka.

“Ibu bapa saya tidak tahu pun mengenai kejutan ini. Mereka datang dari Terengganu pun sematamata ingin memberikan saya sokongan untuk pelancaran produk terbaharu saya.

“Hadiah ini adalah bagi membalas jasa baik mereka yang selama ini menjadi pendengar setia apabila berdepan masalah atau mengingatk­an saya supaya menjaga solat.

“Saya percaya berkat doa mak abah membuatkan saya sampai ke tahap ini. Kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya.

Kata Zoey, sepanjang lima tahun terbabit dalam perniagaan, dia tidak pernah membabitka­n ahli keluargany­a kerana tidak mahu menimbulka­n konflik.

“Sejujurnya saya tak suka bekerja dengan keluarga sebab kalau babitkan mereka, saya kena jaga banyak perasaan.

“Seelok-eloknya lebih baik saya bergerak sendiri. Sepanjang mengusahak­an perniagaan ini saya juga tidak bekerjasam­a dengan manamana pihak. Semuanya saya bermula dari bawah dan mengumpul duit sendiri.

Saya tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ini,” katanya.

Ramai yang menyangka saya sudah berhenti berlakon. Itu tidak betul. Sesiapa yang hendak panggil (beri tawaran berlakon), boleh berbuat demikian

JOEY

 ??  ?? TIDAK pernah babitkan ahli keluarga dalam perniagaan.
TIDAK pernah babitkan ahli keluarga dalam perniagaan.
 ??  ?? ZOEY menyerahka­n replika kunci rumah kepada ibunya, Azizah pada Majlis Pelancaran Mika Series by Zoey Rahman, baru-baru ini.
ZOEY menyerahka­n replika kunci rumah kepada ibunya, Azizah pada Majlis Pelancaran Mika Series by Zoey Rahman, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia