Harian Metro

STATUS BERBEZA

Jentera McLaren khusus buat penggemar kelajuan di Malaysia

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Edisi ‘longtail’ McLaren 765LT adalah tawaran terbaharu dalam segmen Super Series yang diperkenal­kan untuk pasaran global pada awal tahun ini.

Jentera yang diasaskan daripada model 720S ini menawarkan prestasi jalanan dan litar ke tahap yang baharu dengan kepuasan pemanduan luar biasa.

Ia juga adalah yang terpantas untuk siri LT pernah dihasilkan.

Model ini diperkenal­kan ke pasaran tempatan baru-baru ini melalui pengedar utamanya, McLaren Kuala Lumpur.

Ia dijana dengan enjin 4.0 liter dwipengeca­s turbo V8 yang menghambur­kan kuasa 765PS dan tork maksimum sehingga 800Nm.

Melalui transmisi tujuh kelajuan Kotak

Gear Reverse Seamless Shift (SSG), ia 15 peratus lebih responsif dalam penukaran gear, ia mampu mencatatka­n jarak daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 2.7 saat.

Kelajuan tertinggi mencapai 330 km/j dan jarak membrek (100km/j ke sifar) 29.5 meter dengan pengagihan berat 42 peratus pada hadapan dan 58 peratus bahagian belakang.

Faktor berat keseluruha­n jentera juga antara kelebihan model ini.

Ia seberat 1,339 kilogram (kg) dan 50kg lebih ringan berbanding jenama pesaing terdekat.

LT 765 dibangunka­n dengan material ringan berprestas­i tinggi dan teknologi gentian karbon untuk komponen badan kenderaan termasuk ekzos titanium.

Faktor aerodinami­k juga adalah perkara utama difokuskan dengan pakej komponen seperti Splitter dan bampar hadapan,

skirt sisi, bampar belakang, difuser serta sayap belakang aktif lebar yang mempunyai pelbagai fungsi.

Pintu ‘blade’ menjadikan 765LT tampil lebih unik.

Ia bukan sekadar gaya malah berfungsi mengalirka­n pusingan angin lebih baik daripada roda hadapan melalui bilah tambahan dan skirt sisi.

Rim hadapannya bersaiz 19 inci manakala belakang pula 20 inci. Brek cakera hadapan dihasilkan daripada seramik karbon monobloc enam injap bersaiz 390 milimeter (mm) manakala belakang pula 380mm.

Ruang dalamannya pula bergaya radikal dan minimalis.

Ia juga dilengkapi sistem paparan kelajuan dan kedudukan gear yang boleh dibuka dan tertutup untuk ciri prestasi gaya Formula 1.

Untuk pasaran Malaysia McLaren 765LT dijual pada harga asas RM1.48 juta dan terhad 10 unit serta keutamaan diberi kepada pemilik McLaren sedia ada yang dijangka mendapatka­n model ini pada suku pertama 2021.

Semua model McLaren adalah pemasangan tangan di Pusat Pengeluara­n McLaren (MPC) di Woking, Surrey, England.

 ??  ?? CIRI aerodinami­k bersepadu.
MODEL paling pantas untuk siri LT.
CIRI aerodinami­k bersepadu. MODEL paling pantas untuk siri LT.
 ??  ?? SPOILER belakang aktif dengan fungsi tersendiri.
ENJIN dari pandangan dalam.
RUANG kabin material mewah dan ringan.
SPOILER belakang aktif dengan fungsi tersendiri. ENJIN dari pandangan dalam. RUANG kabin material mewah dan ringan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia