Harian Metro

5 BULAN DAH DAPAT HASIL

Bonyamin tanam 1,300 pokok lada solok di kawasan seluas satu hektar

- Oleh Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Berkat kegigihan mengusahak­an tanaman lada solok, memberi kejayaan kepada individu di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan ini apabila memberi pulangan hasil lumayan.

Malah, 1,300 pokok ladang solok yang ditanam di kawasan satu hektar itu dapat mengeluark­an hasil kira-kira 300 hingga 400 kilogram seminggu mampu memenuhi pasaran.

Bonyamin Mat Noh, 52, berkata, tanaman lada solok secara fertigasi sejak 10 bulan lalu tidak mengambil masa panjang untuk mengeluark­an hasil iaitu hanya lima bulan selepas ditanam.

Dia cuba tanam lada itu peringkat percubaan dengan 300 pokok sebelum diperluask­an kepada

1,300 selepas permintaan semakin bertambah.

Hasil lada solok itu dihantar ke Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Tunjung Kota Bharu seminggu sekali kerana permintaan tinggi daripada pemborong.

“Alhamdulil­lah, apa yang saya usahakan selama ini sudah membuktika­n kejayaan dan saya akan menanam lada itu untuk pusingan seterusnya.

“Lagipun, harga lada solok tetap tinggi walaupun ada persaingan dengan kemasukan daripada negara jiran,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Bonyamin, dia mengisi lada solok itu dalam satu plastik sebanyak lima kilogram dan dijual pada

RM45 setiap satu beg plastik.

Pernah pasaran lada itu mencecah RM100 bagi setiap beg plastik seberat lima kilogram sebelum turun semula kepada RM45 sekarang.

Katanya, tanaman lada solok itu bukan saja memberi peluang pekerjaan kepada ahli keluarga sendiri, tetapi juga penduduk kampung.

“Di samping itu, saya juga turut membeli lada yang diusahakan penduduk sekitar kampung untuk memberi sumber pendapatan kepada mereka,” katanya.

Sayur-sayuran lain ada juga dipasarkan, tetapi permintaan tidak sama dengan lada solok yang tidak pernah mencukupi dan permintaan bertambah.

Katanya, mengusahak­an tanaman lada solok itu juga bukan kerja mudah kerana sentiasa berada dalam kebun mengawal musuh tanaman.

Malah dia mengakui kejayaan dalam mengusahak­an tanaman ladang solok tidak mungkin dicapai tanpa bantuan isterinya, Zilawani Mustafa, 37.

Jika cuti hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu, dia turut dibantu tiga anaknya berusia antara 10 hingga 17 tahun.

“Saya menimba pengalaman mengusahak­an tanaman ini daripada rakan di daerah lain di Kelantan.

“Tetapi kaedah tanamannya lain daripada saya lakukan menerusi fertigasi yang menjimatka­n tanah dan mudah subur, “katanya.

Sementara itu, Zilawani pula berkata, suaminya itu banyak menghabisk­an masa seharian di kebun dan syukur kepada Tuhan kerana usaha yang dilakukan itu memberi pulang lumayan.

“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak penularan pandemik Covid-19 bermula 18 Mac lalu juga membuatkan saya memberi tumpuan kepada berkebun tanam lada solok,” katanya.

Pelaksanaa­n PKP itu sehingga kini tidak menghalang Bonyamin dan isteri untuk berbudi kepada tanah malah mereka yakin hasilnya mampu menampung perbelanja­an keluarga.

Di samping itu, saya juga turut membeli lada yang diusahakan penduduk sekitar kampung untuk memberi sumber pendapatan kepada mereka BONYAMIN

 ??  ?? BONYAMIN menyusun beg plastik yang sudah siap diisi lada solok untuk di hantar ke RTC Kota Bharu.
BONYAMIN menyusun beg plastik yang sudah siap diisi lada solok untuk di hantar ke RTC Kota Bharu.
 ??  ?? ZILAWANI turut membantu mengredkan lada solok sebelum diisi dalam plastik.
ZILAWANI turut membantu mengredkan lada solok sebelum diisi dalam plastik.
 ??  ?? SETIAP pokok lada solok diusaha Bonyamin mengeluark­an hasil yang mampu menjana pendapatan.
SETIAP pokok lada solok diusaha Bonyamin mengeluark­an hasil yang mampu menjana pendapatan.
 ?? FOTO | RAMLI IBRAHIM ?? BONYAMIN menimbang sendiri setiap beg plastik yang diisi dengan lada solok.
FOTO | RAMLI IBRAHIM BONYAMIN menimbang sendiri setiap beg plastik yang diisi dengan lada solok.
 ??  ?? BONYAMIN menunjukka­n setiap beg plastik diisi lima kilogram lada solok untuk dipasarkan.
BONYAMIN menunjukka­n setiap beg plastik diisi lima kilogram lada solok untuk dipasarkan.
 ??  ?? PEKERJA Bonyamin mengisi 400 kilogram lada solok ke dalam plastik.
PEKERJA Bonyamin mengisi 400 kilogram lada solok ke dalam plastik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia